BAKAL bergelar seorang bapa, pelakon Qi Razali mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut, termasuk menyediakan segala kelengkapan untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya.Menurut Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, dia dan isteri juga baru mengetahui terdapat pakaian bayi yang bermula dengan saiz kosong bulan. “Saya sudah beli semua keperluan bayi, termasuk lampin yang bebas bahan kimia dan sabun.Qi teruja menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya.“Baby cot pun sudah ada, barangan asas semuanya sudah disediakan. Kami juga baru tahu sebenarnya baju bayi ada saiz kosong bulan, sebelum ini memang tak tahu langsung wujud saiz begitu,” katanya kepada mStar.Qi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pemuja yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada malam Selasa.Berkongsi lanjut, Qi memberitahu dia juga sudah bersedia daripada segi mental untuk berjaga lewat malam demi membantu isterinya selepas bersalin nanti.Malah, pelakon itu mengakui ada meminta beberapa tips dan nasihat daripada rakan-rakan terdekat yang sudah memiliki pengalaman bergelar ibu bapa.ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Qi Razali bakal jadi babah, umum isteri hamil 5 bulanARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali tak sangka menang Pelakon Lelaki Terbaik, kejayaan tutup mulut pengecam“Soal bersedia untuk bangun tengah malam kerana ramai yang tanya tentang perkara itu. Saya faham kenapa pada peringkat awal, lelaki perlu ada menemani pada waktu malam sebab isteri yang baru bersalin perlukan rehat.“Kalau boleh berjaga tengok bola lewat malam, takkan tak boleh berjaga untuk jaga bayi. Cuma sekarang ini kadang-kadang separuh masa pun sudah tertidur.“Saya juga ada minta tips daripada kawan-kawan terdekat yang sudah berpengalaman. Perkara paling dirisaukan sekali tentulah soal keselamatan isteri ketika masuk dewan bersalin. Itu memang menakutkan, tapi kami hanya mampu berdoa yang baik-baik dan sentiasa ada bersama dia,” jelasnya.Sementara itu, Qi berkata dia dan isteri juga sudah berbincang mengenai pemilihan nama untuk bayi mereka meskipun masih belum memutuskannya secara muktamad. Kami juga baru tahu sebenarnya baju bayi ada saiz kosong bulan.QI RAZALIPELAKON“Nama bayi memang sudah ada beberapa pilihan. Ia dipilih bersama, bukan melalui undian. Kami lebih cenderung kepada nama klasik Melayu, tidak terlalu moden.“Untuk jantina bayi, doktor ada beritahu kelihatan seperti perempuan, macam ‘princess’, tapi masih belum tahu lagi jantina sebenarnya. “Kami serahkan sahaja dan tunggu. Apa yang penting, kami mahu beri satu nama yang bermakna. Saya suka nama Anggun dan mungkin belakangnya ada tambah nama moden sikit,” ujarnya.Qi bersama para pelakon lain dalam filem Pemuja.Untuk rekod, Qi Razali mendirikan rumah tangga dengan Wardah Hayati pada 25 Mei tahun lalu.Dalam perkembangan lain, Qi bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Pemuja yang akan mula ditayangkan pada 22 Januari ini.Selain Qi, pelakon lain yang turut membintangi filem berkenaan ialah Yasmin Hani, Namron, Maria Farida dan Datuk Hilal Azman.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube