PENDATANG baharu, Gbril menzahirkan penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pelakon senior yang menjadi antara tonggak perubahan industri hiburan tempatan.Gbril, 25, berkata dia sentiasa mengikuti perkembangan karya tempatan sebagai tanda hormat kepada pelakon veteran yang membuka laluan buat generasi baharu sepertinya. Menurutnya, beberapa nama pelakon tempatan seperti Que Haidar, Farid Kamil, Syafiq Kyle, Bront Palarae dan Beto Kusyairy menjadi rujukan serta idola dalam perjalanan kerjayanya.Crawling karya terbaharu Gbril. “Saya memang sentiasa menonton karya tempatan. Sebagai pelakon, penting untuk kita faham dan hargai industri seni serta menghormati pelakon lama yang telah banyak memberi ruang kepada pendatang baharu,” katanya kepada mStar.Menurut Gbril, dia mula terlibat dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun, namun hanya benar-benar memberi komitmen serius selepas mencecah usia 19 tahun apabila minat terhadap bidang itu semakin mendalam.Mengakui perjalanan membina nama bukan sesuatu yang mudah, Gbril berkata rasa teruja setiap kali berada di set penggambaran menjadi pembakar semangat untuk terus bertahan.ARTIKEL BERKAITAN: Masih muda dalam dunia lakonan, Farza Dida pegang nasihat kakak... Positif dengan komen netizenARTIKEL BERKAITAN: Wajah dan saiz tak boleh diubah, Sweet Qismina kongsi cabaran pelakon ‘stuck’ dalam imej kanak-kanak “Walaupun kerjaya ini tidak mudah, tapi lama-kelamaan saya mula jatuh cinta dengan cabaran dan thrill yang datang. “Setiap naskhah beri pengalaman dan berpeluang jumpa orang baharu. Suasana di set juga agak berbeza. Itu yang buatkan saya rasa lakonan ini berbaloi,” jelasnya.Bekas model itu tidak menafikan rupa paras menjadi satu kelebihan kepada dirinya, namun menegaskan faktor tersebut sahaja tidak cukup untuk kekal lama dalam industri hiburan yang semakin kompetitif. Saya tak pernah anggap orang lain sebagai saingan yang perlu dicemburui.GBRILPELAKON“Rupa memang satu kelebihan, tapi sekarang bakat dan rupa perlu seimbang. Persaingan sangat sengit dan hanya bakat yang boleh menentukan siapa mampu bertahan,” ujarnya.Dalam masa sama, Gbril melihat perkembangan industri hiburan tempatan berada pada landasan positif dengan kemunculan ramai pelakon baharu yang berkualiti dan berpotensi besar.Menariknya, Gbril tidak pernah melihat kehadiran pelakon lain sebagai pesaing, sebaliknya menjadikan mereka sebagai pemangkin untuk memperbaiki diri.Gbril mula berlakon sejak usia 15 tahun. “Saya tak pernah anggap orang lain sebagai saingan atau perlu rasa cemburu. Saya hanya fokus untuk baiki kelemahan diri dan cari keunikan yang boleh buat saya menonjol,” katanya.Dalam masa sama, Gbril mengakui dirinya seorang yang introvert, namun dia percaya kekuatan sebenar terletak pada kualiti lakonan bukan personaliti semata-mata. “Saya memang introvert, tapi minat saya terhadap lakonan sangat kuat. Saya mahu mendalami seni lakon dan tampil dengan kualiti yang boleh buat orang percaya pada watak saya,” luahnya.Sekadar info, Gbril sebelum ini pernah membintangi beberapa karya seperti Racun Raihana, Solos: Games of Life, Pewaris Cinta dan Crawling yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube