suria

Masih muda dalam dunia lakonan, Farza Dida pegang nasihat kakak... Positif dengan komen netizen

Farza berani sahut cabaran dunia seni.

SEBAGAI pendatang baharu dalam dunia lakonan, pelakon Farza Dida banyak menerima nasihat dan bimbangan daripada tiga kakaknya yang juga merupakan aktres dikenali ramai.

Farza berkata kakaknya iaitu Uqasha, Nelydia serta Raysha sentiasa berpesan agar dia bijak membawa diri dalam membina nama dunia seni.

"Mereka sentiasa berpesan supaya beradab dengan semua orang tak kira siapa pun mereka. Sentiasa merendah diri, tak sombong dan kena pandai jaga diri," katanya kepada mStar.

Dida sentiasa pegang nasihat kakak.

Kata Farza, dia juga tidak menyangka dunia seni bukanlah semudah yang disangka, malah perlu lalui pelbagai dugaan sekiranya ingin berjaya.

Namun, dia sudah bersedia untuk berdepan dengan segala cabaran terutama kecaman netizen.

“Sebagai pendatang baru, saya kena letak mindset bahawa kita tak boleh tutup mulut orang. Jadi, saya hadap saja dan perkara itu akan selesai akhirnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bukan nak jadi hero, cuma perbetulkan kenyataan salah... Adik Uqasha Senrose tenang diserang netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Adik Uqasha Senrose betulkan kenyataan Kamal Adli ‘terjumpa’ anak, Nelydia ‘repost’ hantaran di Instagram

"Kadang-kadang memang sakit hati bila baca komen, tapi itu perkara normal yang perlu saya lalui sebagai orang dikenali. Apa yang penting, sabar dan selalu berfikir positif.," ujarnya.

Berkongsi mengenai watak impian, Farza mengakui gemar filem aksi namun menyedari wajahnya terlihat muda untuk membawa watak seperti itu.

Dida bersama ahli keluarganya.

"Saya suka cerita aksi, tapi muka saya ini nampak masih budak-budak untuk bawa watak macam itu. Mungkin suatu hari nanti saya dapat bawa watak seperti yang diinginkan," jelasnya.

Selain berlakon, Farza juga mempunyai minat dalam bidang nyanyian dan tidak menolak untuk mengeluarkan single solo suatu hari nanti.

"Selain berlakon saya pun sebenarnya boleh menyanyi dan menari. Insya-Allah saya akan keluarkan single saya nanti yang bergenre pop atau RnB," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain