suria

Fattah Amin buat kejutan istimewa, hadiahkan Toyota Noah buat ibu

Fattah hadiahkan sebuah kereta jenama Toyota buat ibunya.

PELAKON Fattah Amin menghadiahkan sebuah kereta jenama Toyota Noah kepada ibunya, Azizah Abdul Ghani, sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan wanita itu yang membesarkannya sejak kecil.

Menerusi sebuah video yang tular, Azizah dilihat terkejut apabila menerima hadiah istimewa daripada anaknya itu.

Kereta berwarna 'red mica metallic' tersebut dikongsikan oleh sebuah syarikat jualan menerusi satu hantaran video di aplikasi TikTok mereka.

Reaksi ibu Fattah selepas menerika kejutan daripada Fattah.

“Tahniah Fattah kerana dapat menghadiahkan ibu sebuah kereta Toyota Noah.

“Semoga Fattah dan sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat.

“Hari ini untuk ibu, mungkin esok untuk Amira pula?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hebat penangan isteri syurga Fattah, ramai terjebak resipi telur mata kicap bilis goreng

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin tunjuk skil silat depan isteri, peminat… “Bangga bapa mentua tengok menantu”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan memuji sikap Fattah yang disifatkan sebagai seorang anak yang mengenang jasa serta mementingkan kebahagiaan ibunya.

Bahkan, ada juga yang menjadikan Fattah sebagai contoh dan menyimpan hasrat untuk melakukan perkara yang sama.

“Masya-Allah, Alhamdulillah, tahniah buat ibu Fattah.

Toyota Noah yang dihadiahkan Fattah buat ibunya.

“Alhamdulillah, berkat doa seorang ibu, Allah kurniakan rezeki yang lebih untuk Fattah.

“Rezeki yang berkat apabila anak dapat membahagiakan ibu,” tulis netizen.

Sekadar info, kereta Toyota Noah biasanya dijual di pasaran Malaysia pada harga sekitar RM115,000 hingga RM170,000, bergantung pada spesifikasi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain