SUSULAN tular kes pengasuh didakwa melakukan penderaan bayi, pelakon Datin Intan Najuwa tampil mempertahankan golongan ibu bekerja yang terpaksa menghantar anak mereka ke pusat jagaan.
Kata Intan atau Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, kebanyakan golongan ibu terpaksa memilih untuk menggunakan khidmat pengasuh disebabkan komitmen kerja demi mencari rezeki buat keluarga.
“Tiada ibu yang suka-suka nak keluar kerja dan tinggalkan anak dengan pengasuh. Selalunya, mereka sebenarnya tiada pilihan.

Perkongsian Intan di Threads miliknya.
“Ia demi kelangsungan hidup, untuk hari ini dan juga masa depan anak mereka.
“Jadi tolonglah ada sedikit empati,” katanya.
Intan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa ada ‘anxiety’ teruk, takut bawa anak keluar naik kereta atau kapal terbang… “Saya paranoid melampau”
ARTIKEL BERKAITAN: Tampar, campak, pijak! Pengasuh ditahan bantu siasatan kes dera bayi di taska
Kenyataan aktres berkenaan dibuat sebagai respons kepada hantaran seorang pengguna Threads yang memohon orang ramai agar berhenti menyalahkan golongan ibu bekerja setiap kali berlaku kes melibatkan pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak.
Dalam pada itu, Intan turut menegaskan tanggungjawab besar perlu dipikul oleh individu yang memilih kerjaya sebagai pengasuh, terutamanya melibatkan penjagaan bayi dan kanak-kanak.
“Sekarang ini ceritanya, kalau nak jadi pengasuh, tolong pastikan kesihatan mental okay dan anda memang berkemampuan untuk menjaga kanak-kanak, terutamanya bayi.
“Kalau tak boleh nak jaga, lebih baik cari kerja lain. Jangan aniaya anak orang,” ujarnya.

Intan berpendapat golongan ibu tiada pilihan selain menghantar anak ke pengasuh.
Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan dua wanita melakukan kekerasan terhadap bayi di sebuah taska.
Individu yang membuat perkongsian berkenaan menggunakan akaun @liyanazulkifli berkata, salah seorang mangsa merupakan bayinya yang berusia enam bulan.
Kes berkenaan mendapat perhatian ramai, terutama golongan ibu yang meluahkan kebimbangan untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


