PELAKON Abby Abadi meluahkan harapan agar anaknya, iaitu Marissa Dania, dapat diraikan dalam sebuah majlis persandingan yang penuh indah suatu hari nanti.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata walaupun ia sekadar angan-angan, namun dia percaya anaknya berhak mendapat sesuatu yang sering menjadi impian anak gadis.
“Saya tengah berangan ini, doakan untuk anak cantik saya, Marissa Dania ini, agar ada rezeki merasa majlis yang indah-indah supaya jadi kenangan abadi untuk diri dia.

Abby bersama Memey dan anak-anak di majlis resepsi Erra Fazira.
“Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya,” luahnya dalam satu hantaran video di TikTok.
Menerusi video tersebut, turut dipaparkan foto dia bersama Marissa ketika menghadiri majlis resepsi pelakon Erra Fazira dan Ezwan Zain pada Sabtu lalu.
Sebagai ibu, Abby juga tidak lupa menitipkan doa dan berharap anaknya itu dapat menjalani hidup dengan penuh ketenangan.
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi ‘sound’ lelaki hidup atas duit wanita, ramai setuju terus pertahankan anak
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya perlu diselamatkan” - Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik
“Semoga ada rezeki untuk anak ini, Ya Allah. Majlis serba indah, yang penuh ketenangan, serikan wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkan jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman,” luahnya.
Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023 lalu.
Bagaimanapun, pasangan ini masih belum mengadakan sebarang majlis untuk mengumumkan hubungan mereka.
Aslam juga merupakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


