TIDAK pernah sunyi daripada perhatian netizen, pelakon Abby Abadi sekali lagi mencetus perbualan ramai apabila memuat naik hantaran di media sosial menyuarakan tentang pandangannya terhadap sikap segelintir lelaki.
Abby atau Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkongsi pandangan bahawa tidak seharusnya bergantung hidup hasil daripada pendapatan seorang wanita.
"Alhamdulillah dan berangkut dah, malulah hidup atas duit perempuan.

Antara komen yang ditulis menerusi perkongsian Abby di Threads miliknya.
"Jalan terus! Jangan belok-belok," tulisnya.
Meskipun tidak menyebut sebarang nama, hantaran yang dimuat naik di Threads itu mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata berpendapat kenyataan Abby itu berkaitan dengan rumah tangga anak perempuannya iaitu Marissa Dania.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak nak luah, tapi Abby Abadi biarkan komen netizen jadi wakil... Ada yang cadang Marissa Dania undur diri
ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya perlu diselamatkan” - Abby Abadi kongsi luahan hubungan toksik
Malah ungkapan 'berangkut dah' yang ditulis seakan memberi bayangan ada kemelut antara Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam.
"Alhamdulillah kalau Marissa sudah keluar daripada hubungan toksik, Marissa lebih layak dapat lelaki yang terbaik dari orang itu. Semoga dipermudahkan.
"Tindakan Abby betul, seorang ibu mana boleh terima anak kahwin dengan suami orang. Aslam adalah punca, berani kahwin dengan anak orang sampai bawa ke Thailand. Lepas itu tak reti nak minta izin keluarga.
"Satu keputusan yang baik Marissa, walaupun dulu saya tak setuju tapi belum terlambat untuk dia (Marissa) perbaiki hidup. Tengok lelaki tu senang lenang saja bini-bini kerja keras nak cari duit, dia kerja apa ya? perempuan tak harus dipergunakan," tulis netizen.

Ramai mengaitkan hantaran yang dimuat naik Abby mempunyai kaitan dengan Marissa (kanan).
Abby sebelum ini juga beberapa kali meluahkan pandangan tentang perkahwinan Marissa yang dianggap sebagai satu hubungan toksik.
Malah dia sendiri berharap agar anaknya itu tidak lagi terlibat dalam perhubungan sebegitu.
Sementara itu, usaha mStar mendapatkan kenyataan lanjut daripada Abby tidak berhasil apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


