KECOH di media sosial apabila timbul dakwaan hubungan pelakon Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini sedang diganggu orang ketiga yang dikatakan rapat dengan mereka.
Isu ini mula hangat di laman Threads apabila peminat mendakwa ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz lebih menyukai wanita berkenaan yang juga kakitangan jenama diwakili pasangan terbabit.
Lebih menguatkan andaian itu, Sharifah Mahani dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita terbabit berbanding Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 31.

Bella dan Syed Saddiq beri bayangan hubungan masih baik.
Sejak kisah ini mendapat perhatian meluas pada malam Ahad, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan geram dengan spekulasi yang timbul.
Bagaimanapun menerusi perkongsian terbaharu Bella yang memuat naik ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Syed Saddiq, ia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada peminat.
"Terima kasih Syed Saddiq kerana selalu ada dan menyokong saya dalam apa sahaja. MashaAllah, awak memang terlalu baik," tulisnya di ruangan kapsyen.
Lebih mengujakan, Syed Saddiq turut meninggalkan komen memuji kehebatan Bella disertai emoji berbentuk hati.
ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati pilih ‘content’, Bella Astillah tolak jika keterlaluan
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen dah muak pick-up line Bella Astillah dan Syed Saddiq... “YB pun macam malas nak layan”
Komen tersebut sekali gus meredakan tanggapan ramai tentang hubungan mereka yang didakwa sedang bergolak ketika ini.
"Awak seorang wanita besi," komennya.
Bella kemudian membalas komen tersebut dengan emoji hati berwarna merah.
Melihat hubungan yang masih baik, rata-rata netizen mendoakan agar mereka terus bahagia dan saling menyokong.
"Bukan biasa-biasa emoji dia pakai, bersemut sangat dah ni. Alhamdulillah.

Antara komen yang ditinggalkan netizen.
"Tapi kalau betul menghargai jadikan dia yang rasmi jangan biarkan dia dengan pelbagai gosip.
"Faham, sekarang main balas-balas emoji saja. Harap jangan sesiapa usik mereka," antara komen netizen.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq dikatakan semakin rapat selepas mereka serasi bergandingan mewakili beberapa jenama namun masing-masing hanya mengakui tidak lebih daripada kawan.
Membuatkan hati peminat semakin berbunga-bunga apabila bersama keluarga masing-masing, Bella turut menemani lelaki terbabit ke Kejohanan Dunia Ironman 2025 di Perancis yang berlangsung pada 14 September lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


