suria

Mental kena kuat, Fasha Sandha sukar lupakan kejadian anak berguling tidak mahu ditinggalkan

Fasha perlu beri komitmen terbaik buat keluarga dan kerjaya.

PELAKON Fasha Sandha sukar melupakan insiden anak perempuannya, Aisha Amaira yang menangis teresak-esak kerana enggan ditinggalkan apabila dia perlu keluar bekerja. 

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, berkata kejadian tersebut memberi kesan mendalam kepadanya sebagai seorang ibu, apatah lagi anaknya itu jarang menunjukkan emosi sedemikian.

“Sejujurnya sampai hari ini saya masih rasa berat hati sebab dia tak pernah menangis seteruk itu sebelum ini. Video asal sebenarnya lebih panjang, cuma saya tak sampai hati nak muat naik semuanya di media sosial.

Fasha cuba memujuk Aisha sebelum pergi kerja. 

“Ada babak dia berguling atas lantai kerana terlalu sedih. Malah, dia juga tak mahu ke sekolah sebab nak ikut saya. Emosinya ketika itu memang kuat kerana saya terpaksa tinggalkan dia,” katanya kepada mStar.

Fasha berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-37 (ABPBH37) yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Bercerita lanjut, Fasha dimaklumkan oleh guru keadaan Aisha kembali reda tidak lama selepas dia meninggalkan anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang masa dengan anak, Fasha Sandha terfikir mahu berhenti berlakon 

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha tersentuh anak Nora Danish masih anggapnya seperti ibu, bersyukur silaturahim keluarga kekal harmoni

Menurut aktres berkenaan, kejadian tersebut turut membuatkan dia terfikir untuk memperlahankan langkah dalam dunia lakonan demi memberi lebih tumpuan kepada keluarga.

“Cikgunya beritahu tak lama lepas saya pergi, dia sudah okay. Bila situasi macam ini berlaku, saya pula yang kena kuatkan hati. Mental pun kena kuat.

“Itu yang buat saya terfikir sekejap untuk tinggalkan dunia lakonan, fokus pada anak dan mungkin buat bisnes,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fasha menegaskan dunia lakonan sudah sebati dalam jiwanya dan menjadi minat yang sukar dipisahkan.

Emosinya ketika itu memang kuat kerana saya terpaksa tinggalkan dia

FASHA SANHDA 

PELAKON 

Tambahnya, tempoh berehat terlalu lama juga memberi kesan kepadanya sebagai seorang pelakon.

“Saya memang sangat cintakan bidang ini. Saya pula jenis yang tak boleh duduk diam, mesti nak bekerja.

Tidak mudah untuk Fasha mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. 

“Bila dua bulan tak berlakon, rasa lain sangat. Terus rasa rindu nak kembali ke set penggambaran,” katanya.

Untuk rekod, Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama aktor Aidil Aziz, selain dia turut memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain