suria

Nak kulit tegang, penyanyi nekad buat pembedahan kosmetik

PENYANYI dan pempengaruh Denise Chariesta mencuri perhatian ramai selepas berkongsi perkembangan terkininya menjalani pembedahan kosmetik pada wajah.

Menerusi hantaran di media sosial, Denise secara terbuka berkongsi keadaan wajahnya yang masih dalam tempoh pemulihan selepas menjalani rawatan tersebut.

Dalam perkongsian berkenaan, Denise mengakui wajahnya masih kelihatan bengkak dan belum mencapai hasil akhir seperti yang diharapkan.

Rupa Denise selepas selesai prosedur pembedahan kosmetik.

Menurut Denise, sejak tiga tahun lalu dia lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya dan menguruskan keluarga sehingga mengabaikan soal penjagaan diri.

Kata Denise, selepas anaknya sudah mencecah usia dua tahun, dia berasa sudah tiba masanya untuk memasuki fasa baharu dan kembali memberi perhatian terhadap penampilan diri.

“Sudah tiga tahun saya tak jaga diri. Setiap hari pakai baju tidur sahaja untuk cari nafkah. Sampai baju pun jarang tukar.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer buat lebih 300 kali pembedahan plastik, ketagih ‘repair’ wajah hingga hampir temui ajal

ARTIKEL BERKAITAN: Wulan Guritno dikecam wajah sebenar tak ‘flawless’ macam di Instagram, kulit muka berlubang

“Sekarang dah masuk tiga tahun, rasanya memang sudah sampai masa untuk jaga diri semula,” ujarnya.

Dalam pada itu, Denise turut berkongsi mengenai perubahan fizikal yang dialaminya selepas melalui tempoh penyusuan anak.

Jelasnya, tabiat makan dalam kuantiti yang banyak bagi memastikan pengeluaran susu badan menyebabkan berat badannya meningkat secara mendadak.

Tiga tahun Denise abaikan penjagaan penampilan diri.

Bagaimanapun, selepas berjaya menurunkan berat badan, Denise menyedari keadaan kulit wajah dan tubuhnya menjadi kendur akibat perubahan bentuk badan yang ketara.

“Waktu menyusukan anak, saya memang makan banyak supaya susu badan cukup.

“Bila daripada gemuk turun ke kurus, kulit jadi kendur pula,” jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain