suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fesyen mencolok mata Azira Shafinaz dikecam netizen… “Kalau nak seksi pun biar lawa”

PENYANYI dan pelakon Azira Shafinaz menerima kecaman hebat daripada netizen selepas fesyen yang digayakannya dalam sebuah acara Tahun Baru Cina dikritik ramai.

Azira, atau Azira Shafinaz Ramlan, 35, yang hadir ke majlis berkenaan dengan busana ketat berwarna biru muda pastel dan kain satin labuh dianggap terlalu menonjolkan bentuk badan. 

Fesyen Azira didakwa terlalu mencolok mata.

Malah ramai netizen berpandangan pakaian tersebut terlalu ketat dan mencolok mata serta ada yang menyifatkannya sebagai tidak sesuai untuk digayakan menjelang bulan Ramadan. 

“Astaghfirullahalazim. Masalahnya kalau nak seksi pun biar lawa. Ni buruk benar baju fesyen begitu. Serius buruk.

“Apa kau pakai ni. Sibuk nak sambut Tahun Baru Cina. Ni nak dekat Ramadan ni tak sedar ke?,” tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Sabar menanti jodoh, Azira Shafinaz dah lali sering diaju soalan kahwin 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dipanggil bodoh tak pandai berlakon, Azira Shafinaz menangis ditegur artis senior... Kini kualiti lakonan bertambah baik

Selain itu, ada juga yang menegur secara berhemah, namun tetap menyatakan bahawa gaya berkenaan agak keterlaluan.

“Saya minat  awak Azira tapi fesyen ini terlalu melebih, called me lame but this is too much,” kata pengguna berkenaan.

Antara selebriti lain yang turut hadir pada acara berkenaan.

Acara Tahun Baru Cina yang dianjurkan rakannya itu turut dihadiri pelakon Eyka Farhana, Yaya Zahir, Daiyan Trisha dan Datin Elvina Mohamad.

Setakat ini, Azira masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas berhubung kritikan yang diterimanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain