PELAKON dan penyanyi Linda Rafar mendedahkan dia mengalami kerugian sebanyak RM500,000 selepas ditipu oleh golongan kenamaan bagi satu urusan perniagaan. Mengakui ia menjejaskan emosi, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkata kejadian itu memberi impak besar terhadap kesihatan mentalnya sehingga terpaksa mendapatkan rawatan dan mengambil ubat bagi menenangkan diri. "Saya tak sangka ditipu oleh satu kumpulan untuk buat bisnes. Sepanjang hidup, ini kali pertama saya melalui perkara macam ini. Impaknya sangat kuat sampai saya betul-betul tertekan hingga menyebabkan kemurungan.Linda berkongsi perkara itu ketika ditemui media. "Di depan orang saya cuba nampak okey dan buat video gelak-gelak macam biasa, tapi hakikatnya saya terpaksa makan ubat untuk tenangkan diri. Saya asyik fikir, bila dia nak bayar? Bila dia nak pulangkan duit saya?"Saya makan ubat yang doktor bagi selama tiga hari berturut-turut sebab apabila tidur, nafas saya seolah-olah seperti berhenti. Saya terlalu fikir sampai tidur pun jadi tidak tenang. Rasa seperti diganggu," katanya kepada mStar ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa di Rumah Lauk, Putrajaya pada Sabtu. Tambahnya, individu terbabit bukanlah orang asing dalam hidupnya menyebabkan dia percaya untuk melakukan perniagaan bersama. "Ya, saya kenal. Dia bergelar datuk dan memang dikenali dalam kalangan VIP. Sebab itu saya agak takut nak cerita panjang.ARTIKEL BERKAITAN: Niat bantu anak tahfiz terbantut, Linda Rafar dedah alami kerugian hampir RM1 juta… Dianiaya sekumpulan individu berpangkat DatukARTIKEL BERKAITAN: Linda Rafar u-turn, kekal bersama Elite... Norman KRU berjaya pujuk"Dia juga berkawan dengan golongan VIP serta orang berpengaruh. Itu yang buat saya lebih yakin. Kalau orang biasa, mungkin kita fikir dia tak ada duit," ujarnya. Menurut Linda , kekecewaan yang dialami bukan sekadar melibatkan kerugian wang ringgit, malah impian yang sudah dirancang rapi bersama keluarga turut musnah begitu sahaja.Malah menurutnya, hasrat untuk membantu golongan susah juga terbantut selepas kejadian tersebut berlaku.Hasrat murni Linda untuk membantu golongan yang memerlukan juga terbantut. "Saya juga nak bersedekah kepada keluarga dan bantu tahfiz. Saya dah senaraikan siapa yang nak dibantu. Niat ke arah kebaikan, tapi tiba-tiba tak jadi. Itu yang buat saya lagi kecewa dan murung. "Saya juga niat nak bawa anak-anak pergi umrah dan bercuti ke London. Anak-anak tanya kenapa batal. Saya terpaksa beri alasan ada penggambaran, padahal tak ada. Kesian mereka," ujarnya. Sebagai persediaan, Linda berkata dia sudahpun melantik peguam sekiranya individu tersebut masih enggan untuk melunaskan wang yang diberikan sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube