GARA-GARA sering dilihat sibuk membuat siaran langsung di TikTok, pelakon Puteri Sarah Liyana dituduh sudah tidak menerima tawaran lakonan.Tampil menjawab mengenai perkara itu, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menidakkan perkara tersebut sebaliknya memberitahu dirinya kini sedang fokus membina perniagaan sebagai persediaan jangka panjang. "Ada yang komen tanya kenapa saya setiap hari buat ‘live’? Saya tiada ‘shooting’? Saya sudah tak laku ke?Puteri Sarah masih aktif berlakon. "Bukan tak laku. Sebenarnya saya sudah ‘shift’ fokus. Saya nak berbisnes sebab kita pun tak tahu sampai bila berada dalam industri,” katanya kepada mStar.Puteri Sarah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah di Petaling Jaya, Selangor pada Ahad.Kata Puteri Sarah, dia masih menerima tawaran lakonan, namun kini lebih berhati-hati dalam memilih projek agar tidak menjejaskan perniagaan yang sedang diusahakan.ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah tak galak anak-anak jadi artis, lebih utamakan pendidikan... "Saya mahu Sumayyah bergelar doktor, Syaikhul minat bidang kejuruteraan" ARTIKEL BERKAITAN: Diugut mahu hantar sihir, tiru gambar media sosial... Puteri Sarah rimas diganggu peminat ‘mental’"Shooting pun saya pilih. Tidaklah kehidupan hanya fokus pada lakonan. Kalau terlalu fokus pada shooting, bisnes pula akan terabai."Saya masih berlakon dan menjadi duta, tetapi sekarang lebih kepada menjadi bos kepada diri sendiri. Bila berbisnes, saya ada lebih masa dengan anak-anak dan keluarga," ujarnya.Tambahnya, perniagaan yang dibina juga dilihat sebagai satu bentuk pelaburan masa depan serta legasi untuk anak-anaknya. Kalau terlalu fokus pada shooting, bisnes pula akan terabaiPUTERI SARAH LIYANA PELAKON"Bagi saya, perniagaan adalah pelaburan untuk masa depan. Saya fikir tentang legasi yang ingin ditinggalkan kepada Syaikhul dan Sumayyah."Kalau saya terus berlakon sampai usia tua, rasanya saya pun tak larat," katanya.Dalam masa sama, pelakon drama Andai Itu Takdirnya ini juga berharap orang ramai tidak membuat spekulasi atau meninggalkan komen negatif terhadap perubahan fokus yang dilakukannya kini.Perniagaan juga menjadi fokus utama Puteri Sarah. "Saya harap orang luar tidak beranggapan saya ‘tak laku’ hanya sebab aktif buat ‘live’ dan berniaga."Alhamdulillah, fokus saya sekarang lebih kepada perniagaan yang semakin berkembang. Doakan yang baik-baik, bukan tinggalkan komen negatif," ujarnya..Sekadar info, Puteri Sarah kini mengusahakan perniagaan melibatkan tudung, pakaian dan produk penjagaan kulit.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!