suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jalaluddin Hassan juara Kilauan Emas Selebriti 2026

Jalaluddin (kanan) merupakan juara KES2026.

PELAKON Datuk Jalaludin Hassan diumumkan juara program nyanyian Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026) dalam konsert akhir yang berlangsung pada malam Sabtu. 

Kemenangan itu juga menepati ramalan selepas Jalaludiin memberikan persembahan konsisten sepanjang tujuh minggu pertandingan. 

Selaku juara Jalaludin membawa pulang trofi, rakaman lagu, emas edisi khas dan pakej penginapan. 

Tarmimi merupakan naib juara, manakala Zila selesa di kedudukan ketiga KES2026.

Tarmimi merupakan naib juara, manakala Zila selesa di kedudukan ketiga KES2026.

Pada malam kemuncak yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, pelakon veteran itu menyampaikan lagu berjudul My Way (nyanyian asal Frank Sinatra).

Manakala untuk segmen duet, Jalaludin bergandingan dengan Nadia Fharshah menerusi lagu Humko Humise Chura Lo (Lata Mangeshkar dan Udit Narayan).

Jalaludin turut memenangi Anguerah Emas Berkilau dengan hadiah RM2,000 dan sumbangan itu diberikan kepada pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio, Salih Yaacob. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rashdan Baba, Maria Tunku Sabri kandas di suku akhir KES2026

ARTIKEL BERKAITAN: Khaty Azian, Mubarak Majid tersingkir minggu keempat Kilauan Emas Selebriti 

Tempat kedua KES2026 dimenangi oleh Datuk Tarmimi Siregar yang membawa pulang hadiah trofi, rakaman lagu baharu, emas edisi khas dan pakej percutian. 

Sementara Zila Bakarin pula diumumkan menduduki tempat ketiga. 

Turut bersaing di peringkat akhir KES2026 adalah Rahhim Omar, Amyza Aznan dan Fazlina Ahmad Daud. 

Pemarkahan juri diadili oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Muse selaku juri tetap selain Datuk Ramli Ms serta Azmi Saat sebagai juri jemputan.

Artikel Lain