MINGGU keempat Kilauan Emas Selebriti (KES) menyaksikan dua peserta gagal melayakkan diri untuk beraksi di peringkat seterusnya. Peserta tersebut ialah Khaty Azian yang membawakan lagu Tragedi Buah Epal dan juga Mubarak Majid dengan lagu Berdendang Sayang. Khaty semasa ucapan mengucapkan terima kasih atas pengalaman yang ditimbanya sepanjang empat minggu menyertai program nyanyian tersebut. Khaty dan Mubarak tidak berjaya ke minggu seterusnya. "Saya masih lagi bangga dapat pengalaman baharu di atas pentas, saya berjaya sahut cabaran walaupun saya seorang pelakon. "Sekarang saya sudah ada masa untuk berlakon! Terima kasih semua," katanya. Sementara itu, Mubarak pula berterima kasih kerana program tersebut serba sedikit dapat membantu artis yang kurang berkemampuan. "Terima kasih kerana menjayakan program ini, membantu para artis mencari dana bagi membantu artis yang memerlukan," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: 10 pelakon veteran berentap dalam Kilauan Emas Selebriti 2026, sumbangan mingguan untuk artis memerlukanARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah Kak Engku” - Keanu Azman akui banyak kelemahan, pertama kali mengacara program besarSementara itu, Datuk Jalaludin Hassan pula diumumkan sebagai Emas Berkilau Of The Week dan menyampaikan sumbangan tersebut kepada penyanyi Fredo Flybaits. Lapan peserta lagi bakal berentap pada minggu seterusnya yang bertemakan pilihan lagu kawan-kawan. Untuk info, KES bersiaran secara langsung di Astro Prima pada pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube