suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Iman Troye tak nak bakal suami orang industri... Mahu jaga privasi, takut tiada masa bersama

Iman Troye tidak mahu berkahwin dengan rakan industri.

DEMI menjaga privasi diri dan keluarga, penyanyi Iman Troye menolak untuk menjalinkan hubungan cinta dengan individu dalam kalangan penggiat industri seni.

Selain itu, Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 24, memberitahu dia juga bimbang kesibukan kerja masing-masing akan menjejaskan hubungan yang dibina. 

"Saya tak nak orang industri. Saya memang menekankan kalau boleh saya tak nak orang dalam industri sebab saya suka kehidupan yang tidak diketahui ramai. 

"Kalau dah tertulis (jodoh) macam itu, saya tak boleh nak buat apa. Tapi saya sendiri tak boleh kalau kedua-duanya sibuk dan tidak ada masa bersama. Saya tak bolehlah dengan orang dalam industri. Saya dah cuba berkawan tapi tak boleh," katanya kepada mStar. 

Iman kini lebih berhati-hati untuk berkenalan dengan orang. 

Dalam pada itu, Iman menjelaskan dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup selain mengambil keputusan untuk menganjakkan sasaran menamatkan zaman bujang kepada usia 30 tahun.

Menurut Iman, sebelum ini dia pernah terfikir untuk berkahwin pada usia muda, namun pendiriannya berubah selepas menyedari banyak perkara yang belum diterokainya pada usia ini.

"Buat masa sekarang sasaran saya nak berkahwin pada usia 30 tahun. Sebelum ini sasaran selalu bertukar kononnya nak kahwin awal, tetapi lama-kelamaan saya rasa tak boleh.

"Bila saya ada masa sendiri, saya teroka banyak tempat, jumpa kawan-kawan dan buat banyak aktiviti, saya sedar banyak lagi benda yang saya belum buat pada usia 24 tahun ini selain bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye pertahan tindakan Ryzal Ibrahim rakam video anak, boleh jadi rujukan doktor

ARTIKEL BERKAITAN: Iman Troye teruja ada ‘showcase’ sendiri, mula cari idea hiburkan peminat

"Jadi untuk berkahwin dalam jangka masa terdekat secara terburu-buru lagi dua atau tiga tahun, saya takut diri saya sendiri belum bersedia," ujarya.

Menganggap fasa percintaan pada usianya kini hanyalah sekadar berkawan biasa, Iman menegaskan fokus utamanya tetap diberikan kepada kerjaya seni.

"Saya rasa sebab masih muda, jadi bercakap fasal cinta ini macam cinta monyet. Saya anggap berkawan macam biasa sahaja. Kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, maksudnya ada yang lebih baik di hadapan.

Iman mahu berikan fokus kepada diri sendiri dan kerjaya. 

"Saya selalu ingatkan diri saya, tak mengapalah kalau sunyi atau bersendirian sekalipun, ia tidak mengapa. Lebih baik tidak berkawan dengan orang yang salah daripada terpaksa bersama orang yang salah.

"Untuk saya jumpa lelaki yang baik, saya kena jadi orang baik dahulu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Iman baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Jung Jung Inai duet bersama personaliti media sosial, Asslahierah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain