suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fazley Yaakob ibaratkan kisah cinta seperti karipap, luaran indah tapi dalam inti ‘angin’... Sentiasa hormati dan hargai jasa bekas pasangan

Fazley dan bekas isteri kekal profesional sebagai ibu bapa untuk anak-anak.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menyifatkan hubungan bersama bekas pasangan sebagai sebahagian daripada sejarah hidup yang wajar dihormati dan tidak perlu bermusuhan.

Malah, Fazley atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata dia tiada masalah sekiranya terserempak atau bertemu dengan bekas pasangan dan akan tetap bertegur sapa sebagai tanda hormat.

"Saya okey saja kalau bertembung dengan 'ex' (bekas) pasangan. Saya tetap akan salam dan tunjuk rasa hormat. Hormati sejarah yang pernah terhasil.

Hantaran Fazley di Threads. 

"Tanpa bekas pasangan, kita tidak akan mampu jadi yang lebih baik," katanya menerusi satu hnataran di halaman Threads pada Sabtu. 

Mengakui kejadian silam meninggalkan luka di dalam hati, Fazley berkata dia tetap memandang hal itu sebagai perkara positif dan menjadikan ia pengajaran berguna dalam kehidupan.

"Waktu terluka dulu mestilah akan berdarah, tapi parut pastinya jadi pengajaran terbaik.

"Macam beli karipap, ada masanya terbeli karipap berinti 'angin' walaupun luaran nampak penuh. Teruskan kehidupan dan belajar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan ‘content’ atau gimik tapi hubungan dari hati” - Fazley Yaakob dah dapat restu ibu, tunggu masa umum nikah Vida

"Lebih baik cari karipap yang nampak biasa tapi inti dia penuh dari gigitan pertama hingga yang terakhir! Mu pehe dok (awak faham tak?)," ujarnya. 

Untuk rekod, Fazley mendirikan rumah tangga dengan Azrena Soraya Abdul Aziz pada 2006 namun ikatan perkahwinan selama 18 tahun itu berkahir dengan penceraian pada 2024. 

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Fierudz Shah serta Alayna Selma.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain