PENYANYI Syasya Rizal menyedari dirinya kini semakin mahir menggunakan jarum bagi menggayakan tudung selepas lebih dua tahun memilih untuk berhijab.Menurut Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 25, ketika baru berhijab, dia masih kekok menggunakan jarum sehingga sering tercucuk jari selain sukar mendapatkan gaya tudung yang kemas. "Hari ini ketika sedang bersiap dan pin tudung, tiba-tiba Syasya terfikir, ‘Eh, aku dah pandai guna jarum untuk gaya tudung.’Syasya imbau kembali saat dirinya mula-mula berhijab."Nampak macam benda kecil sahaja kan? Tapi setahun lebih lepas, masa Syasya baru nak belajar pakai tudung, pegang jarum pun kekok."Asyik tercucuk jari, tudung senget sana sini," katanya menerusi hantaran di Threads.Kata Syasya, pengalaman tersebut mengajarnya supaya tidak terlalu keras terhadap diri sendiri dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik.Dia juga percaya setiap perkara memerlukan masa dan proses sebelum seseorang itu benar-benar mahir.ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal masih ingat sindiran ‘pakai tudung terus muka awam’, bagi kata-kata semangat kepada wanita mula berhijabARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal lincah semula selepas dua kali bersalin... “Tengah susukan anak pun saya praktis“"Kadang-kadang kita terlalu keras dengan diri sendiri sebab kita nak terus pandai, terus baik, terus sempurna."Padahal semua benda perlukan masa. Bukan hari ini kita mula, esok terus sempurna. Kita manusia biasa. Kita belajar, kita tersilap, kita cuba lagi," ujarnya.Dalam pada itu, Syasya turut mengingatkan pengikutnya agar tidak mudah berputus asa hanya kerana masih belum mencapai apa yang diinginkan.Syasya sentiasa percaya pada proses."Sampai satu hari nanti, benda yang dulu kita rasa susah dah jadi sesuatu yang kita buat tanpa berfikir pun."Perlahan-lahan tetapi pasti. Jangan berhenti hanya sebab kita belum sampai," kongsinya.Untuk rekod, Syasya dilaporkan mengenakan hijab pada April 2024 selepas mengundurkan diri daripada kumpulan Dolla.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube