suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ketika muda saya sudah ‘all-out‘ kerja“ - Jihan Muse fokus satu program saja pada satu masa, lebih tumpu jaga tiga anak lelaki

Jihan tak percaya kepada pembantu rumah.

SELEPAS bergelar ibu, pengacara Jihan Muse kini lebih berhati-hati dalam menerima tawaran kerja selain memilih untuk memberi tumpuan kepada satu program sahaja pada satu masa.

Jihan, 42, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan dia mempunyai masa yang cukup untuk keluarga memandangkan anak-anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian sepenuhnya.

“Saya memang jenis buat satu program pada satu masa. Kita pun ada keluarga yang perlu dijaga. Sejak ada anak-anak, saya memang tidak ambil dua atau tiga kerja pada satu-satu masa.

Jihan fokus besarkan anak bersam suami.

"Kecuali kalau kerja one-off seperti dinner show atau acara tertentu, itu masih boleh dipertimbangkan,” katanya.

Bercerita mengenai rutin menjaga anak, Jihan berkata dia dan suami, Ungku Hariz memilih untuk menguruskan sendiri tanpa pembantu rumah atau pengasuh.

Katanya, mereka saling bergilir-gilir menjaga anak bergantung kepada komitmen kerja masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse selamat bersalin ‘hero’ ketiga, pilih nama Ungku Attufayl Adl

ARTIKEL BERKAITAN: Jihan Muse belum bersalin lagi, rupanya video tular di TikTok berita palsu

 “Anak saya pun masih menyusu badan. Jadi anak-anak masih kecil dan kami memang menjaga mereka sendiri.

“Saya tidak pernah ada pembantu rumah atau penjaga. Kami suami isteri memang saling bergilir-gilir menjaga anak.

 “Apabila saya dapat tawaran kerja, saya akan bincang dengan suami. Kami memang sudah ada pembahagian masa. Kalau saya bekerja, suami akan ambil alih dan begitu juga sebaliknya,” ujarnya.

Tambah Jihan, pelbagai kes melibatkan kanak-kanak membuatkan dia kurang yakin untuk menyerahkan anak-anak kepada orang luar.

Sekarang adalah masa untuk saya lebih bertenang. 

JIHAN MUSE

PENGACARA

Namun, baginya, perkara paling utama adalah dia dan suami mahu membesarkan anak-anak sendiri kerana menyedari fasa kecil zuriat mereka tidak panjang.

“Sekarang macam-macam berita kita dengar. Itu antara faktornya juga.

“Tetapi lebih kepada kami memang mahu membesarkan anak sendiri. Kami nak besarkan mereka sendiri sebab mereka kecil sekejap sahaja,” kongsinya.

Dalam pada itu, Jihan mengakui dia sudah melalui fasa bekerja keras ketika usia muda dan kini mahu menjalani kehidupan dengan lebih santai.

Jihan mempunyai tiga anak lelaki.

Bagaimanapun, dia tidak mahu meninggalkan bidang yang diminatinya kerana kerjaya dalam dunia seni masih menjadi sebahagian daripada dirinya.

"Orang kata, ketika muda saya memang sudah all out dari segi kerja. Jadi sekarang adalah masa untuk saya lebih bertenang. 

"Tetapi saya masih perlu buat perkara yang saya minat kerana inilah tenaga dan minat saya," kongsinya.

Untuk rekod, Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 2016 dan memiliki tiga anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 8, Ungku Altamis Barr, 4, dan Ungku Attufayl Adl berusia satu tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain