suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Arena Wan ‘menggatal‘ dengan Aliff Aziz demi M. Nasir

Arena sekadar penuhi pemintaan Datuk M. Nasir.

PELAKON Arena Wan hanya menunaikan permintaan Datuk M. Nasir yang mahu dia tampil lebih ‘gatal’ ketika membawakan watak Tun Seri Anem dalam teater muzikal Mansur & Liu.

Arena atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yi, 27, berkata arahan tersebut diberikan M. Nasir selaku pengarah teater ketika sesi latihan agar menampilkan karakter yang lebih menggoda.

Susulan itu dia bertindak memeluk aktor Aliff Aziz ketika pementasan bagi melahirkan karakter yang dipinta.

Sekitar perbincangan semasa sesi latihan tetaer muzikal Mansur & Liu.

"Itu permintaan Datuk. Semasa latihan, dia mahu saya nampak lebih gatal untuk watak itu. 'Nak lagi gatal! Awak kena jadi macam ular', begitulah yang dia cakap," katanya.

Bagaimanapun, Arena mengakui dia sedikit gementar untuk menjayakan aksi tersebut kerana bimbang menerima kecaman netizen.

Namun katanya, dia dan Aliff kekal profesional sepanjang menjayakan babak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Arena Wan ‘tercabar‘ buktikan kemampuan, ibu bapa tak galak ceburi dunia seni

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘koyak’ dipanggil kayu… Arena Wan tak simpan dendam, gigih perbaiki diri

"Saya tidak tipu, memang gementar nak bawa karakter begitu sebab netizen boleh kata apa-apa, saya pun takut.

“Tapi apa yang saya boleh katakan, kami semua sangat profesional. Aliff adalah pasangan dalam lakonan yang hebat. Dia juga banyak bantu dan beri semangat kepada saya untuk bahagian nyanyian," kongsinya.

Bercerita mengenai keserasian bersama Aliff, Arena memberitahu mereka sebenarnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Katanya, Aliff pernah bekerjasama dengan bapanya, Iman Wan Tuck Meng dalam penghasilan beberapa lagunya.

Aliff juga ada mesej ayah saya dan beritahu kami akan bekerja bersama untuk teater ini.

ARENA WAN 

PELAKON

“Saya dengan dia macam adik-beradik. Di tempat teater, kami saling memanggil 'bro, sis'. Fakta menarik, ayah saya, Iman Wan pernah menghasilkan lagu-lagu untuk Aliff ketika berusia 16 tahun.

“Ketika saya beritahu ayah akan bekerja dengan Aliff, dia melabel Aliff sebagai penyanyi hebat dan minta belajar banyak daripadanya termasuk cara buat persembahan pentas.

“Aliff juga ada mesej ayah saya dan beritahu kami akan bekerja bersama untuk teater ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Arena berharap orang ramai dapat menerima hasil lakonannya di pentas teater yang pertama kali dilakukan sejak bergelar anak seni.

Arena teruja sertai tetaer buat kali pertama.

"Alhamdulillah untuk persembahan malam pratonton, bukan mudah dan sangat susah sebab pertama kali berlakon teater.

"Kemudian perlu menyanyi pula tetapi saya syukur diberikan peluang ini, bergandingan pula dengan Ruzana Ibrahim, dia sangat hebat.

"Terima kasih kepada M Nasir dan Datin Marlia kerana percaya saya pegang watak ini," ujarnya.

Mansur & Liu kini dipentaskan sehingga 20 September di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Teater muzikal itu turut menampilkan Melinda Dadew, Amerul Affendi, Sherry Alhadad, Hazama dan Ruzana Ibrahim.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain