ENGGAN terus terikat menyebarkan dakwah menerusi kaedah ceramah, kumpulan Nasyid 3 Beradik juga aktif merakamkan lagu berunsur ketuhanan untuk menyampaikan kebaikan kepada umum.Salah seorang anggotanya iaitu Ustaz Zarifi Daud memberitahu, lagu-lagu yang dihasilkan juga menjadi nilai tambah ketika mereka dijemput menghadiri majlis ilmu dan menyampaikan ceramah. Biarpun begitu, Zarifi menegaskan kemunculan mereka sebagai penyanyi bukanlah semata-mata untuk mengejar populariti bergelar artis.Nasyid 3 Beradik harap dapat sebar mesej baik dalam lagu. "Apabila memberi ceramah, kami sedar perlu ada nilai tambah untuk menarik minat orang ramai. Kami pun pernah aktif menyanyi nasyid ketika di zaman sekolah, jadi dari situ mula terfikir untuk rakamkan lagu."Dalam industri nasyid kami masih baru. Tetapi kemunculan kumpulan ini bukanlah nak jadi popular, sebaliknya mahu menyampaikan mesej dalam lagu."Dalam nyanyian juga ada nilai dakwah dan kami seronok apabila pendengar memberi respons mereka mendapat mesej yang ingin disampaikan," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Pelapis Raihan... Jelajah ‘Gen-Z Nasyid‘ mahu tarik anak muda sokong muzik ketuhanan ARTIKEL BERKAITAN: Rabbani komited hidupkan industri nasyid, perlu sokongan untuk lebih meriahSelain Zarifi, kumpulan ini turut dianggotai oleh dua lagi adik lelakinya iaitu Ustaz Hariri dan Ustaz Ihsan.Terbaharu mereka tampil dengan lagu berjudul Jalan Pulang yang membawa mesej tentang kesabaran ketika berdepan ujian dan sentiasa yakin akan ketentuan Allah.Bagi Zarifi, karya ciptaan Adi Pawana ini membawa maksud tersendiri secara peribadi kerana dia pernah berdepan ujian mengalami serangan strok pada Mac 2025.Setiap anggota Nasyid 3 Beradik cukup dikenali aktif menyampaikan ceramah agama. "Sekarang ini pun saya belum pulih sepenuhnya dan masih menjalani proses pemulihan. Sebagai seorang yang pernah berdepan ujian, lagu ini juga membawa maksud untuk bangkit dalam kehidupan."Ketika proses rakaman pun saya sukar untuk menyanyi, namun dua adik saya memberi semangat untuk meneruskan. Walau apa yang berlaku, kami tetap mahu teruskan dakwah bersama," kongsinya.Sementara itu berkongsi tentang perjalanan kerjaya seni, Zarifi akui lagu Jalan Pulang telah sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada mereka untuk lebih dekat kepada peminat nasyid selepas dilancarkan pada Ogos lalu."Kami pernah rakamkan lapan buah lagu, namun lagu ini mendapat sambutan baik. Lagu ini sangat sederhana tetapi mesejnya dapat disampaikan dengan baik."Jalan Pulang membawa mesej untuk kita bermuhasabah. Dalam setiap ujian pasti akan ada solusi di masa depan," ujarnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube