suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah jatuh ditimpa tangga... Amy Sofea tiada tawaran menyanyi, jaga ibu demensia terlantar 24 jam - “Saya hanya perlukan pekerjaan“

Amy terdesak mahukan pekerjaan untuk teruskan kehidupan.

BAGAI sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang dilalui vokalis kumpulan Sofea, Amy apabila berdepan kesempitan hidup selepas tiada tawaran persembahan sejak lima bulan lalu.

Bukan itu sahaja, Amy atau Mohamad Suhaimi Rapaad, 40, juga perlu menjaga ibunya yang berusia 79 tahun dan kini terlantar selepas mengalami kecederaan di pinggul akibat terjatuh.

Menurut Amy, ibunya bukan sahaja mengalami patah tulang pinggul namun turut menghidap demensia yang keadaannya semakin teruk selepas kejadian tersebut.

Keadaan ibu Amy yang kini terlantar selepas terjatuh.

"Sebenarnya saya sudah lama tiada tawaran persembahan. Kali terakhir pada Mei lalu. Dalam masa sama, saya perlu menjaga mak yang sekarang ini mengalami patah tulang pinggul.

"Mak juga menghidap demensia dan keadaannya semakin teruk selepas jatuh, mungkin disebabkan pendarahan dalam kepala.

"Sekarang dia 100 peratus terlantar dan perlu diuruskan selama 24 jam. Dia tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana perlu ditukar lampin, diberi makan, dimandikan dan sebagainya," katanya kepada mStar.

Disebabkan itu, dia kini tidak mampu membayar sewa rumah dan bil utiliti, selain terbeban menanggung kos perubatan serta keperluan harian ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Otai rock masih berbisa, May dan Sofea ikut peredaran zaman untuk kekal relevan

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Rock Car Park satukan band legenda, mahu gegar semula era 80-an

Lebih membimbangkan apabila tuan rumah turut menyarankan supaya dia mengosongkan kediaman berkenaan, manakala bekalan elektrik dan air pula sudah menerima amaran untuk dipotong sejak minggu lalu.

"Bila tiada persembahan, tiadalah pendapatan. Saya menyewa rumah dan sudah hampir tiga bulan tidak membayar sewa. Dengan bil utiliti, terutama elektrik, keadaan menjadi semakin berat sampai saya terpaksa merayu.

"Rumah yang saya duduki di Sri Iskandar, Perak ini berada di kawasan bekas lombong dan tanahnya berpasir. Rumah memang panas sepanjang masa.

"Ketika mak masih boleh berjalan, tidak menjadi masalah sangat. Tetapi selepas dia terlantar begini, penghawa dingin terpaksa dipasang hampir 24 jam untuk memastikan dia selesa.

Saya memang sudah terfikir untuk menggadai beberapa barang.

AMY 

VOKALIS KUMPULAN SOFEA

"Bil elektrik pun meningkat berkali ganda sehingga saya tidak mampu membayarnya. Kalau tutup penghawa dingin dan buka kipas pula, bahang dari lantai bawah naik ke atas. Lantai pun terasa panas," ujarnya.

Dalam pada itu, Amy berkata dia bersyukur kerana menerima bantuan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) serta rakan-rakan artis yang prihatin dengan keadaannya.

Katanya, bantuan yang diterima termasuk keperluan untuk ibunya seperti katil, selain sumbangan wang bagi meneruskan kelangsungan hidup.

"Itulah yang saya gunakan untuk teruskan hidup. Saya bersyukur ada orang membantu mengikut kemampuan mereka cuma jumlah itu tak cukup nak tampung keadaan saya ketika ini.

Amy berharap kumpulan Sofea ada rezeki membuat persembahan.

"Saya memang sudah terfikir untuk menggadai beberapa barang cuma sebagai artis kita perlu menjaga perkara tertentu," jelasnya.

Berkongsi lebih lanjut, Amy berkata perkongsiannya itu bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya berharap diberi peluang untuk kembali membuat persembahan sekali gus memperoleh pendapatan bagi menampung keperluan harian dan ibu.

"Sudah tentu saya hanya memerlukan pekerjaan dan persembahan untuk meneruskan kehidupan, selain memastikan saya masih mempunyai ruang dalam industri.

"Dalam masa sama, saya tidak meminta macam-macam. Kalau ada pihak yang sudi membantu, saya sangat mengalu-alukannya. Kalau ada panggilan untuk persembahan, insya-Allah saya boleh aturkan.

"Cuma mungkin saya perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mengupah jururawat atau penjaga bagi menjaga mak sementara saya pergi membuat persembahan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain