suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara konsert Siti, Noraniza Idris hilang kawan - “Bila tak approach untuk bersama, dia jadi musuh pula dengan kita“

Noraniza dedah ada pihak berkecil hati tidak dipanggil bekerjasama dalam konsert Gema Bumantara.

PENYANYI Noraniza Idris berdepan pengalaman kurang menyenangkan apabila ada individu mula menjauhkan diri daripadanya selepas tidak terpilih untuk terlibat dalam konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, berkata keadaan itu berlaku apabila ada pihak yang menganggap dia sengaja tidak mempelawa mereka untuk bekerjasama.

Sedangkan jelas Noraniza, keputusan pemilihan penggiat yang terlibat dalam konsert berkenaan bukan di bawah tanggungjawabnya.

Noraniza bakal membuat persembahan di konsert tradisional Gema Bumantara pada Oktober.

"Bila kita dapat satu rezeki yang lain, kadang kita kongsikan kegembiraan itu di media sosial. 

"Tapi ada pula pihak tak puas hati bila dia rasa kita ini tak hargainya. Dia rasa macam kita tak bantu dia walaupun sebelum ini kita pernah bekerjasama. 

"Bila kita tak approach dia untuk bersama dalam konsert Datuk Siti Nurhaliza ini, dia jadi musuh pula dengan kita. Itulah negatif impak yang saya lalui sekarang ini, hilang kawan," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris gementar fikir jangkaan peminat, terbayang arwah Pak Ngah pasti bangga

ARTIKEL BERKAITAN: Noraniza Idris tegur penganjur acara, nak ‘pinang’ artis kena tahu harga dulu... “Jangan letak nilai penyanyi itu macam hobi korang”

Dalam pada itu, Noraniza memberitahu perkara sama turut berlaku dalam soal pemilihan pereka fesyen.

Ujarnya, ada rakan yang mungkin menyangka dia mempunyai kuasa menentukan penata busana dan pereka fesyen untuk konsert tersebut.

Jelasnya, setiap keputusan berkaitan konsert itu dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab, selain mengambil kira pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi utama.

"Contohnya macam baju, kadang kita tak panggil kawan-kawan kita ini. Mereka kena faham, ini bukan konsert saya. 

"Itu konsert Siti Nurhaliza, dia berhak nak pilih siapa pereka yang bertanggungjawab untuk menghasilkan busana kami nanti. 

"Jadi saya hanya buat mengikut apa yang telah disediakan. Susah juga kalau ada yang tak faham," ujarnya. 

Sebelum ini, Noraniza diumumkan sebagai salah seorang penyanyi jemputan konsert tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional, Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain