suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan penumpang maut, pesawat menjunam laju sebelum terhempas di kawasan perumahan

Rakaman dashcam memaparkan detik pesawat meletup sejurus terhempas di kawasan perumahan di Florida. -Foto Aki Kuusisto

SEMBILAN individu maut selepas sebuah pesawat peribadi terhempas di kawasan perumahan di Florida, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy mengesahkan kesemua mangsa merupakan penumpang sebuah jet peribadi bernilai AS$2 juta (RM8.1 juta).

Kejadian berlaku berhampiran kawasan perumahan Cresthaven, kira-kira 14 kilometer dari pusat peranginan Mar-a-Lago milik Presiden AS, Donald Trump di Palm Beach County, sekitar pukul 12.50 tengah hari (waktu tempatan).

Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA), pesawat jenis Learjet 60 itu dilaporkan berlepas dari Austin, Texas dan dalam perjalanan menuju ke Bahamas.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan sebuah lubang besar terbentuk pada jalan raya, selain kesan kebakaran serta serpihan konkrit dan bangkai pesawat bertaburan.

Pesawat itu dilaporkan sedang menuju ke arah timur pada ketinggian 35,000 kaki (kira-kira 11 kilometer) sebelum juruterbang melaporkan keadaan turbulens, pembentukan ais dan hujan.

Juruterbang kemudian meminta kebenaran untuk menaikkan altitud penerbangan sebanyak 2,000 kaki (kira-kira 610 meter).

Bagaimanapun, beberapa saat kemudian, pesawat itu menjunam secara mendadak pada kadar 10,000 kaki seminit (3,048 meter) sebelum meningkat kepada 20,000 kaki seminit (6,096 meter) dan mencecah 30,000 kaki seminit (9,144 meter).

Berdasarkan rakaman komunikasi kawalan trafik udara dan data penjejakan penerbangan, kadar penurunan itu menyebabkan pesawat bergerak melebihi had reka bentuknya.

Rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang belum disahkan turut tular di media sosial memaparkan pesawat berkenaan menjunam laju hampir menegak sebelum meletup dan mencetuskan bola api besar.

Insiden mengerikan tersebut telah menyebabkan serpihan pesawat bertaburan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan kematian atau kecederaan membabitkan individu yang berada di kawasan darat sekitar kejadian.

Keadaan di lokasi nahas pesawat peribadi di Florida yang mengakibatkan sembilan penumpang maut.

Dalam perkembangan sama, Sean memaklumkan FAA untuk menghantar pasukan ke lokasi bagi membantu siasatan yang dikendalikan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

Pasukan Penyelamat Kebakaran Palm Beach County turut mengklasifikasikan tragedi itu sebagai 'insiden kemalangan jiwa besar-besaran'.

Pejabat Syerif Palm Beach County memaklumkan nahas berlaku di Military Trail, iaitu jalan raya enam lorong yang menempatkan beberapa premis perniagaan dan restoran.

Susulan kejadian, kira-kira 600 penduduk dari kawasan penempatan rumah bergerak berhampiran diarahkan berpindah sebagai langkah keselamatan.

Nahas itu turut menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur setempat termasuk saluran bekalan air, manakala jalan berkenaan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 30 hari untuk dibuka semula.

Ketika kejadian, kawasan berkenaan dilaporkan mengalami ribut petir sebelum hujan lebat berterusan sebagaimana dimaklumkan dalam sidang media diadakan.

Trump difahamkan berada di Mar-a-Lago pada pagi Ahad sebelum berlepas menggunakan pesawat rasmi Air Force One dari sebuah lapangan terbang berhampiran, kira-kira sejam sebelum nahas berlaku. -Agensi

Artikel Lain