suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stres digelar ‘muka petak‘ punca Angbeen Rishi hampir jalani pembedahan

Angbeen menolak kaedah pembedahan untuk mengubah bentuk wajah.

PELAKON asal Indonesia, Angbeen Rishi mengakui terkesan dengan komen segelintir pihak yang mempertikaikan bentuk wajahnya.

Pernah digelar memiliki 'muka petak', kata Angbeen, 29, kata-kata yang dilemparkan itu membuatkan dia terfikir untuk melakukan pembedahan plastik.

"Wajah saya mungkin bukan kategori Asian beauty yang tulangnya halus dan tirus. Saya lebih cenderung ke arah wajah Barat. Muka saya dikatakan kotak.

Angbeen tidak mahu komen negatif netizen memberi kesan kepadanya. 

"Sejujurnya saya hampir melakukan pembedahan, mahu potong bahagian rahang. Tetapi saya tidak berani," katanya.

Menurut Angbeen, dia juga banyak menerima tawaran daripada klinik kecantikan untuk melakukan pembedahan bagi mengubah bentuk wajah.

Bukan hanya tidak berani menjalani prosedur tersebut, pelakon ini juga bimbang bentuk wajah baharunya nanti akan menjadi lebih teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Laura selesa lakon adegan ranjang, babak intim bukan raih kontroversi 

ARTIKEL BERKAITAN: “Minta izin imam saya” - Syahrini dapat kebenaran suami kembali menyanyi, janji utamakan keluarga

Angbeen dalam masa sama menegaskan dia tidak terlalu mengambil pusing apabila menerima komen daripada pengikut di media sosial.

"Sebelum ini pernah rasa tidak yakin, tetapi semakin lama saya biarkan sahaja. Takut nanti lepas pembedahan salah pula. Kalau salah, tidak boleh dibetulkan semula.

"Saya tidak pernah membalas komen di media sosial. Saya hanya pegang telefon untuk memuat naik content, selebihnya pihak pengurusan yang kendalikan," ujarnya.

Artikel Lain