suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aaron Kwok ubah suai rumah, pakar feng shui ramal bakal timang anak lelaki

Kwok dikatakan tidak menolak untuk menambah bilangan anak.

PENYANYI dan pelakon Hong Kong, Aaron Kwok dikatakan melakukan pengubahsuaian terhadap susunan feng shui di kediaman mewahnya sehingga mencetuskan spekulasi bahawa dia mengharapkan kehadiran cahaya mata lelaki.

Seorang pakar feng shui yang dikenali sebagai Au Chung Tak memberitahu bahawa susunan baharu yang dikenali sebagai 'Three Lions Assembly Formation' dipercayai mampu menghalang tenaga negatif selain melindungi kanak-kanak.

Aaron bersama isteri dan tiga anak mereka. 

Menerusi gabungan susunan sembilan naga emas yang sedia ada di luar kediaman tersebut, yang melambangkan kesinambungan zuriat keluarga, pakar feng shui itu meramalkan Kwok berkemungkinan menimang cahaya mata lelaki dalam tempoh tiga tahun.

Au turut berpendapat kerja-kerja pembinaan di kawasan berhampiran sejak beberapa tahun lalu mungkin mengganggu susunan feng shui kediaman berkenaan sekali gus menjejaskan peluang Kwok untuk mendapat anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata hampir tercucuk objek tajam, Aaron Kwok takut diserbu peminat fanatik 

ARTIKEL BERKAITAN: Rendam kaki dalam sup mala, tindakan isteri Aaron Kwok undang rasa jijik netizen

Bagaimanapun, selepas kerja-kerja pembinaan selesai, susunan baharu itu dikatakan bukan sekadar menghalang tenaga negatif, sebaliknya turut berfungsi melindungi kediaman tersebut.

Untuk rekod, Kwok berkahwin dengan model Moka Fang pada April 2017.

Mereka kini memiliki tiga cahaya mata perempuan iaitu Chantelle, 7, Charlotte, 4, dan Cheryl, 1 tahun.

Artikel Lain