PEMERIKSAAN kesihatan bayi yang baru dilahirkan lazimnya dilakukan secara berkala di Klinik Kesihatan (KK) bagi memantau tumbesaran serta tahap perkembangan si kecil.Bagaimanapun, seorang ibu muda meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa anaknya tidak lagi diterima untuk menjalani pemeriksaan di sebuah KK selepas dia menolak pemberian vaksin penggalak. Menurut wanita itu, jururawat berkenaan mencadangkan supaya dia membawa anaknya mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta.Ibu bersalin perlu bersama anak ketika menjalani pemeriksaan di klinik. -Gambar hiasan AI"Saya nak tanya, kalau jururawat KK tak nak terima anak saya untuk pemeriksaan kesihatan, kita perlu hubungi siapa untuk mendapatkan rujukan?"Atas alasan saya menolak vaksin penggalak, dia mencadangkan supaya saya pergi ke klinik swasta untuk pemeriksaan anak."Saya rasa sangat terkilan. Kenapa anak saya perlu ditolak dan disuruh pergi ke klinik swasta?" ajunya inginkan kepastian.ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan salah saya kamu sakit perut” - Wanita terkilan doktor KK kedekut MC, tak layan alasan kerap masuk tandas!ARTIKEL BERKAITAN: Ibu muda bersalin secara caesarean, persoal keperluan ikut bayi ke klinik - “Aku baru lepas bedah, kau suruh ‘merangkak’ pergi KK“Tidak berhenti di situ, dia turut meluahkan rasa ralat dan mempersoalkan keutamaan layanan yang diberikan, terutamanya apabila melihat kehadiran warga asing di klinik berkenaan."Saya rasa ralat sangat sebab masa pergi tu geng Rohingya elok je beratur dengan anak mereka dilayan. Kenapa anak saya perlu ditolak dan minta saya ke swasta?"Kami yang warganegara kena tolak pergi swasta tapi warga asing elok di terima," katanya kesal.Ibu muda dakwa bayi tidak diterima untuk pemeriksaan di KK selepas menolak vaksin penggalak.Jururawat didakwa mencadangkan pemeriksaan bayi dilakukan di klinik swasta.Wanita itu mempersoalkan layanan terhadap warganegara berbanding keluarga Rohingya.Netizen menyarankan ibu berkenaan membuat aduan menerusi SISPAA.Seorang individu mendakwa penolakan vaksin bukan alasan untuk mengabaikan pemeriksaan berkala bayi.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu menarik perhatian netizen dengan memintanya membuat aduan menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (Sispaa)."Sangat tak profesional jururawat tu. Harap dia diasingkan di klinik Rohingya, rawatlah Rohingya sampai pencen."Saya jururawat, memang tak patut dia tolak macam tu sebab di KK saya sendiri pun ada yang tolak vaksin tapi kami masih pesan untuk bawa anak untuk pemeriksaan berkala."Boleh buat aduan Sispaa. Dia tak ada hak nak tolak sebab dasar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pun tak macam tu," komen warga maya.