suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu muda bersalin secara caesarean, persoal keperluan ikut bayi ke klinik - “Aku baru lepas bedah, kau suruh ‘merangkak’ pergi KK“

Ibu bersalin perlu bersama anak ketika menjalani pemeriksaan di klinik. -Gambar hiasan AI

SUDAH menjadi kelaziman buat wanita yang baru bersalin membawa bayi menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan (KK).

Namun seorang ibu muda meluahkan rasa kurang senang apabila mendakwa dipersoalkan kerana tidak hadir bersama bayi ketika melakukan pemeriksaan di klinik.

Jelas wanita tersebut, dia bukan sengaja tidak mahu hadir ke KK, sebaliknya masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan caesarean.

Lebih mudah doktor memberi penerangan kepada wanita lepas bersalin berbanding kepada suami. -Gambar hiasan AI

Lebih mudah doktor memberi penerangan kepada wanita lepas bersalin berbanding kepada suami. -Gambar hiasan AI

"Aku tak kisah kena bawa bayi baru lahir pergi KK sebab nak periksa jaundis tapi bagilah suami yang bawa.

"Kau tahu suami aku bawa bayi, habis semua dekat KK tanya, mana mak dia?" katanya.

Persoalan itu membuatkan wanita berkenaan berasa kurang senang memandangkan dia baru sahaja menjalani pembedahan dan masih 'rapuh' untuk keluar rumah.

"Aku yang baru lepas bedah pun kau suruh 'merangkak' pergi KK, dah kenapa? Bukan nak periksa aku pun," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja dedah sisi gelap segelintir klinik swasta, ‘ketuk’ insurans pesakit demi untung lebih... Dakwa harga ubat tak boleh kurang RM150!

Menurut wanita itu lagi, antara alasan kehadiran ibu adalah bagi mendapatkan maklumat mengenai penyusuan bayi.

Namun katanya, perkara berkenaan boleh dijelaskan suami yang turut terlibat sepenuhnya dalam menjaga bayi mereka.

"Nak tanya bayi menyusu okey tak? Itu suami aku pun boleh jawab. Memang dia yang jaga bayi semalaman. Dia tahu berak berapa kali, kencing berapa kali.

"Dengkinya aku nak berehat di rumah selepas kena kerat perut," ujarnya.

  • Ibu muda masih dalam proses pemulihan selepas caesarean.
  • Suami membawa bayi ke KK untuk pemeriksaan jaundis.
  • Dia hairan apabila petugas bertanyakan keberadaannya.
  • Katanya, suami juga tahu rutin penyusuan dan keadaan bayi.
  • Netizen menjelaskan ibu turut perlu dipantau selepas bersalin.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpandangan ada sebab tertentu ibu turut diminta hadir ke klinik bersama anak.

"Saya pun caesarean, hari-hari datang klinik sebab nak periksa luka, kemudian anak periksa kuning pula. Anak suami yang pegang.

"Mereka risau luka pembedahan mungkin ada kesan sampingan seperti jahitan terbuka, bernanah. Faham awak nak berehat tapi ada sebab ibu kena pergi ke klinik," antara komen warga maya.

Artikel Lain