RAMAI sedia maklum kos rawatan dan ubat-ubatan di klinik swasta lebih mahal berbanding klinik kerajaan yang bersubsidi melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Seorang pembantu klinik mendedahkan ada segelintir klinik swasta mengambil kesempatan terhadap pesakit dengan mengenakan caj rawatan dan ubat dengan harga yang tinggi. Dia mendakwa pernah diminta doktor untuk memastikan jumlah ubat yang diberikan kepada pesakit menggunakan kad perubatan mencecah sekurang-kurangnya RM150. Ada sebahagian pembantu klinik tidak sampai hati mengenakan caj yang tinggi kepada pesakit. -Gambar hiasan AI"Aku tak pernah sangka kerja sebagai pembantu klinik akan buat aku berada dalam situasi rasa bersalah sampai ke hari ini."Dulu aku ingat kerja cuma urus pendaftaran, ambil bayaran, susun ubat dan bantu doktor. Aku tak pernah fikir dipaksa buat sesuatu bertentangan dengan hati aku sendiri dan semuanya bermula bila doktor bagi arahan pelik," katanya.Dakwanya, doktor biasanya akan meminta bil dinaikkan dengan memberikan ubat dengan jumlah tertentu bagi membolehkan tuntutan lebih tinggi dibuat kepada pihak insurans."Setiap kali ada pesakit datang guna kad perubatan, doktor akan pesan pastikan jumlah ubat jangan kurang daripada RM150.ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar boleh jadi baran!” – Bunyi kasut anak ‘cit cit’ di klinik kesihatan buat ramai panas, jururawat pun stres!ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat you orang Malaysia?” - Jururawat kerajaan tengking wanita Rohingya buat kacau di klinik, berani pertikai kos rawatan!"Aku terdiam. Aku tahu harga sebenar sesetengah ubat yang diberi tak sampai pun jumlah tersebut tapi doktor tetap mahu bil dinaikkan," kongsinya di Threads.Bukan itu sahaja, individu terbabit mendakwa doktor turut memintanya menghubungi panel insurans setiap kali pesakit datang bagi mengetahui had perlindungan ditetapkan."Semakin tinggi had perlindungan pesakit, semakin tinggi caj dikenakan. Aku kerja tak lama, enam bulan je sebab tak tahan.“Aku rasa macam tak berkat hidup. Aku harap doktor itu sekarang dah tak buat macam tu,” katanya.Bekas pembantu klinik dakwa bil pesakit medical card dinaikkan.Ubat pesakit didakwa perlu mencecah sekurang-kurangnya RM150.Caj dikatakan bergantung kepada had perlindungan insurans.Individu itu berhenti selepas enam bulan kerana tidak tahan.Netizen turut mendakwa pernah berdepan situasi sama.Ringkasan ini dijana oleh AINamun dia menegaskan bukan semua klinik swasta mengamalkan perkara sedemikian malah masih ramai yang berlaku jujur.Perkongsian itu menarik perhatian netizen termasuk golongan yang bekerja di klinik yang mengakui wujud situasi sedemikian."Ya betul, kalau guna doktor panel memang akan naikkan harga. Ubat kadang-kadang RM60 je tapi dalam mereka akan tuntut sampai satu ubat itu capai harga maksimum."Saya bekas jururawat swasta pun dipaksa buat bil pesakit yang pakai insurans sampai habis kuota. Kalau insurans lindung RM30,000 kami dipaksa caj sampai RM30,000," antara perkongsian warga maya berhubung isu tersebut.