suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dah penat masak, anak pula menangis... Isteri naik angin suami syok main telefon, sentap dijerkah terus hempas pintu!

Urusan rumah tangga seperti kerja rumah dan menjaga anak sewajarnya dilakukan bersama-sama antara suami isteri. -Gambar hiasan AI

DALAM kehidupan berumah tangga, urusan menguruskan anak dan kerja rumah bukanlah tanggungjawab seorang isteri semata-mata.

Sebaliknya, pasangan suami isteri perlu saling bertolak ansur dan membantu antara satu sama lain, terutama ketika masing-masing keletihan selepas seharian di pejabat.

Namun, apabila salah seorang dilihat kurang mengambil peduli ketika pasangannya sedang sibuk menguruskan rumah tangga, perkara kecil yang berlaku boleh mencetuskan rasa tidak puas hati sehingga membawa kepada pertengkaran.

Itulah yang diluahkan seorang wanita selepas mengakui dirinya hilang sabar apabila suaminya terlalu leka bermain telefon bimbit ketika anak mereka sedang menangis.

Golongan isteri cenderung untuk 'burn out' jika melakukan urusan rumah tangga bsersendirian. -Gambar hiasan AI

“Semalam geram gila dengan suami. Sudahlah kita kena masak, kena hidang. Anak meraung-raung tak tahu nak apa sebab kita dekat dapur, anak datang ke dapur sambil menangis.

“Laki aku dekat dalam bilik rupanya tengah syok main handphone sampai pekak,” luahnya.

Berang melihat keadaan itu, wanita berkenaan mengakui dia terus memarahi suaminya dan meminta lelaki tersebut mengambil sendiri makanan yang sudah disediakan.

“Aku memang hamun terus, kau apa lagi, angkatlah nasi ni nak makan!” luahnya dalam hantaran di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru setahun bersalin, dah bagi ‘hint’ nak tambah anak... Isteri tak sengaja ‘meletup’ sampai suami sentap - “Lampin pun awak tak pernah tukar!”

ARTIKEL BERKAITAN: Baca WhatsApp isteri dengan BFF, suami ‘sentap’ anggap buka aib famili - “Luah dekat dia mesti akan bergaduh”

Bagaimanapun, teguran itu mengundang rasa tidak puas hati suaminya kerana dikatakan ditegur dengan suara tinggi.

Wanita tersebut menjelaskan bahawa dia marah bukan semata-mata kerana urusan menghidangkan makanan, sebaliknya kerana suaminya turut dilihat tidak mengendahkan tangisan anak.

“Dia tak puas hati sebab aku jerkah. Dan aku balas, anak menangis pun kau buat-buat pekak,” kongsinya.

Pertengkaran pasangan itu kemudian menjadi semakin tegang apabila suaminya dikatakan menghentak pintu sehingga menyebabkannya mengalami sedikit kerosakan.

  • Seorang wanita meluahkan rasa marah apabila suaminya leka bermain telefon ketika anak mereka menangis.
  • Dia terpaksa menguruskan anak dan menyediakan makanan seorang diri.
  • Tegurannya membuatkan suami tidak puas hati kerana dia bercakap dengan nada tinggi.
  • Pertengkaran menjadi tegang apabila suaminya menghentak pintu hingga rosak.
  • Ramai netizen bersimpati dan ada yang menyokong tindakan wanita tersebut.

“Lepas tu dia hentak pintu sampai pecah sikit pintu. Aku jawab lagi, pecahkan semua barang dekat rumah ni bagi habis.

“Laki aku pula jenis kuat sentap. Suara tinggi sikit dia sentap. Kadang-kadang memang aku cakap je, apa punya perangai kuat sentap,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan wanita tersebut dan menyifatkan situasi berkenaan sebagai antara cabaran biasa berlaku dalam kehidupan berumah tangga.

Malah, ada juga netizen menyokong tindakan wanita tersebut dan menyifatkan kemarahannya sebagai sesuatu yang wajar memandangkan dia sudah penat menguruskan rumah serta anak seorang diri.

Artikel Lain