TIDAK dinafikan anak remaja yang sedang meningkat usia cenderung untuk bersikap memberontak dan menjauhkan diri daripada ahli keluarga secara tiba-tiba.Perkara tersebut adakalanya turut menggangu emosi ibu bapa apabila mereka buntu memikirkan perubahan sikap anak. Sedang berdepan masalah tersebut, seorang ibu meluahkan rasa sedih dan terluka apabila anak perempuannya yang baru berusia 14 tahun tiba-tiba enggan bercakap dengannya.Lebih menambah rasa pilu, dia sendiri tidak mengetahui punca anaknya bersikap demikian sejak awal tahun ini. Komunikasi antara dua hala dapat membantu merungkai masalah yang berlaku. -Gambar hiasan AI"Hubungan saya dengan anak perempuan usia 14 tahun tak baik semenjak awal tahun ini, dia macam memberontak. Nombor telefon saya pun dia tak simpan seolah-olah saya tidak wujud dalam hidupnya," luahnya di Threads.Tidak hanya itu, dia turut mendedahkan wajah anaknya akan berubah masam sekiranya dia berada berhampiran atau cuba berkomunikasi dengannya.Namun situasi berbeza sekiranya dia tidak bersama dalam lingkungan anak gadis tersebut."Kalau dengan ayah dia, dia ceria dan gembira, macam bila ambil dia balik dari asrama. Tapi kalau ada saya mesti dia tunjuka sikap tak ada mood," luahnya lagi.Seorang ibu sedih apabila anak perempuannya yang berusia 14 tahun tiba-tiba menjauhkan diri dan enggan bertegur sapa dengannya.Remaja itu didakwa tidak menyimpan nombor telefon ibunya serta sering menunjukkan wajah masam apabila mereka bersama.Layanannya berbeza terhadap si bapa apabila dia dilihat lebih ceria, gembira dan banyak bercakap.Si ibu tidak menolak kemungkinan anaknya memberontak selepas dipujuk tinggal di asrama meskipun mahu keluar dari situ.Netizen menasihatkan ibu bapa supaya berkomunikasi secara lembut tetapi tegas serta meminta si bapa membantu memulihkan hubungan mereka.Ringkasan ini dijana oleh AIPerubahan tersebut menyebabkan dia dibelenggu rasa bersalah dan seolah-olah hilang arah serta tidak mengetahui pendekatan terbaik untuk memulihkan hubungan mereka.Lebih menyedihkan, dia mendakwa sudah memberi segala keperluan yang diminta oleh anaknya, namun masih tidak memahami punca dirinya seakan-akan dijauhi.Walau bagaimanapun di ruangan komen, dia tidak menolak kemungkinan perubahan tersebut disebabkan dia tidak membenarkan anaknya keluar dari asrama."Saya garang tapi perubahan itu berlaku selepas dia masuk asrama, saya rasa dia memberontak sebab saya pujuk dia tinggal di situ.ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Pakistan kerap datang bertandang, anak bimbang ibu diperguna... Hari-hari hulur RM100 buat belanja - “Dia kacak, mulut manis!”ARTIKEL BERKAITAN: “Dia menangis, aku menjerit!” - Ibu mengamuk campak meja, paksa anak 4 tahun menulis sampai terketar-ketar"Dia nak keluar (asrama) tapi saya tak bagi," tambahnya menjelaskan kemungkinan yang berlaku.Perkongsian itu meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bersimpati dengan dilema berkenaan, selain menyifatkan komunikasi secara perlahan-lahan dan tanpa paksaan mungkin diperlukan bagi merungkai perasaan dipendam remaja tersebut."Umur macam ni memang fasa memberontak, jadi ibu ayah kena berlembut tapi tegas."Ayah kena mainkan perananlah sebab didikannya akan ajar anak menghormati serta meletakkan ibu nombor satu," demikian reaksi netizen.