suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Dia menangis, aku menjerit!” - Ibu mengamuk campak meja, paksa anak 4 tahun menulis sampai terketar-ketar

Kanak-kanak juga boleh mengalami trauma jika kerap dimarahi orang dewasa. -Gambar hiasan AI

PROSES membesarkan anak bukanlah satu tugasan mudah kerana ia menuntut kesabaran tinggi, selain emosi yang kuat sebelum melihat si cilik membesar dan mampu berdikari.

Hakikat itu diakui sendiri oleh seorang wanita apabila mendedahkan benteng kesabarannya akhirnya runtuh gara-gara terlalu kecewa dengan prestasi akademik anaknya yang masih kecil.

"Titik terendah aku hari ini. Aku marah anak yang umur empat tahun sebab tak pandai menulis lagi. Dia menangis, aku pula menjerit.

Setiap kanak-kanak memiliki kemampuan akademik berbeza. -Gambar hiasan AI

"Aku suruh menulis sampai dia terketar-ketar. Aku burn out, aku campak meja dan buku dekat tepi dan suruh dia masuk tidur.

"Lepas tu aku solat Isyak. Aku duduk atas sejadah, menangis sekuat hati. Rasa gagal jadi ibu," luah wanita itu.

Menjelaskan situasi sebenar, wanita berkenaan mengakui dia sedikit pun tidak berniat untuk menyakiti hati darah dagingnya itu, sebaliknya sekadar mahu mendidik si anak menjadi insan yang pandai.

  • Ibu mengaku marah anaknya yang baru berumur empat tahun.
  • Dia 'naik hantu' gara-gara anaknya masih belum pandai menulis.
  • Kanak-kanak itu terketar-ketar selepas dimarahi oleh ibunya.
  • Ramai netizen selar wanita itu kerana marah anak yang masih kecil.

"Lepas dah lega, aku pergi dekat anak aku. Aku peluk dan minta maaf. Marah bukan sebab benci. Mama nak kakak jadi cerdik pandai.

"Tapi reaksi dia gelak je. Betapa baik hati seorang anak ni. Walaupun kena marah, dia boleh tersenyum lagi," ujarnya.

Dalam hantaran sama, wanita itu berkata dia penat kerana terpaksa menguruskan anak sendirian memandangkan suaminya sibuk bekerja.

Di ruangan komen, ramai netizen menasihati wanita itu agar bersabar memandangkan anaknya baru berusia empat tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: Penat sampai terlepas marah pada anak... Wanita luah derita jadi ‘bibik’ sejak mentua menumpang di rumah

Malah, segelintir netizen turut menyelar wanita itu kerana sanggup memarahi anaknya yang masih kecil.

"Saya cikgu. Saya faham awak nak dia bijak. Tapi jangan rosakkan zaman kanak-kanak dia mengikut kehendak selfish kamu.

"Maaf nak tanya, awak dengan suami dah pandai menulis ke masa umur empat tahun?

"Tenanglah. Anak baru empat tahun. Bukannya lepas lahir terus tahu membaca, menulis dan mengira," tulis netizen.

Artikel Lain