suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu panas hati anak balik mengadu, waktu perhimpunan meleret gara-gara raikan atlet sekolah - “Buang masa, baik belajar!”

Aktiviti penyampaian hadiah melibatkan pelajar biasanya dilakukan sewaktu perhimpunan. -Gambar hiasan AI

MENJADI lumrah bagi seorang ibu, mereka pastinya sentiasa peka dan cakna dengan terhadap aduan serta rungutan yang diluahkan oleh anak-anak.

Namun, seorang wanita menerima kecaman ramai selepas berkongsi rungutan anaknya tentang aktiviti perhimpunan mingguan di sekolah.

"Anak cerita perhimpunan hari Isnin hari tu sangat lama sebab ada majlis penyampaian hadiah untuk pasukan sekolah yang menang.

Pelajar yang berjaya dalam aktiviti sukan wajar diraikan bagi menghargai usaha mereka mengharumkan nama sekolah. -Gambar hiasan AI

"Bayangkan bulan ini je berapa banyak kejohanan berlangsung. Olahraga, bola sepak, coral speaking dan banyak lagi. Setiap team ada berapa orang pula?

"Setiap team menang dan dapat medal. Mereka semua naik pentas. Berapa lama masa diambil untuk perhimpunan?" tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia berkata aktiviti penyampaian hadiah sewaktu perhimpunan merupakan pembaziran masa yang sepatutnya dimanfaatkan untuk perkara lebih penting.

  • Ibu tular selepas kongsi luahan hati anaknya tentang perhimpunan sekolah.
  • Anaknya mengadu perhimpunan panjang kerana upacara penyampaian hadiah.
  • Wanita itu anggap waktu untuk belajar terbazir gara-gara aktiviti berkenaan.
  • Ramai netizen mengecam dan tidak bersetuju dengan pandangan wanita itu.

"Isunya bukan pencapaian, tapi masa yang diambil. Kita tumpang bangga. Mereka dah diraikan masa ambil hadiah di kejohanan itu.

"Kenapa kena repeat lagi bagi hadiah yang sama dekat sekolah? Saya tak setuju perhimpunan jadi panjang untuk perkara macam ni.

"Buang masa semua tu. Waktu pembelajaran dalam kelas makin berkurang," luahnya lagi menerusi hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dituduh pembuli sampai rakan sekelas trauma ke sekolah, ibu tak percaya terus cari bukti... Lega guru jadi penyelamat

ARTIKEL BERKAITAN: Kena kepung masa nak balik sekolah! Remaja 16 tahun dibelasah, bapa cuba leraikan turut dipukul hingga jatuh

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar wanita itu kerana mempersoalkan aktiviti sekolah yang sepatutnya tidak menjadi isu.

"Allahuakbar. Perhimpunan hanya sekali sahaja seminggu itupun jadi isu. Ya Allah tak tahulah generasi apalah aku hidup ni?

"Tak faham kenapa sekarang semua parent terlalu melibatkan diri dalam hal sekolah sehingga perkara picisan pun jadi isu," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain