Tetapkan niat dan tujuan asal ketika menunaikan ibadah umrah atau haji di Makkah. -Gambar hiasan AI (kiri)
KEPERCAYAAN penuh yang diberikan kepada seseorang, terutamanya sewaktu berada di Tanah Suci, tidak sepatutnya membuatkan jemaah alpa untuk sentiasa berhati-hati.Seorang doktor perubatan tampil berkongsi kisah duka yang didakwa menimpa adik bongsunya selepas 'terjerat' dengan perwatakan seorang mutawif sehingga menyebabkan rumah tangga yang dibina hancur berderai. Kejadian didakwa bermula apabila ibu bapanya membawa si adik menunaikan umrah, sebelum mutawif berkenaan secara tiba-tiba menyatakan hasrat untuk mengahwini wanita itu ketika berada di hadapan Kaabah."Cerita benar jadi dekat adik saya sendiri. Porak peranda habis keluarga kami. Seorang mutawif ni nak kahwin dengan adik depan Kaabah. Parents 'ikut' macam kena pukau.Setiap umat Islam mengimpikan untuk mengerjakan ibadah di Tanah Suci Makkah. -Gambar hiasan"Balik dari tunai umrah, terus bertunang. Sebulan terus kahwin. Sekarang dah bercerai kena tangkap dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana kes dadah," cerita doktor tersebut.Doktor itu turut mendakwa bekas adik iparnya itu sebenarnya terbabit dengan ceti haram atau ah long serta pernah berkahwin sebanyak tiga kali, termasuk dua perkahwinan di Thailand.Membalas salah satu komen selepas hantaran tersebut tular, doktor itu menjelaskan adik perempuannya sempat dikurniakan seorang cahaya mata hasil perkahwinan berkenaan."Mereka sempat (sepanjang perkahwinan) dapat anak seorang. Anak tu waktu masih bayi kasihan sangat, sakit. Tapi mutawif tersebut tinggalkan adik saya uruskan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Individu kurang senang lihat jemaah 'on' Strava ketika tawaf Kaabah, lagi teruk sibuk pegang telefon buat 'live'ARTIKEL BERKAITAN: “Kaki lemah, air mata gugur depan Kaabah” - Ramadan bawa wanita ini kembali kepada fitrah, tinggalkan dunia tomboi"Anak mereka cleft palate (bibir sumbing). Masa adik saya bercerai tu, habis barang kemas, harta sebab lelaki ni buat bayar ah long. Mak ayah sedar kejadian tu."Mereka bawa adik lari balik rumah dan uruskan kes cerai. Semoga kita dijauhkan dari mutawif durjana begitu," jelas wanita itu mengimbas kembali nasib malang menimpa adiknya.Menurutnya, bayi itu dilahirkan dengan masalah bibir sumbing sebelum ditinggalkan untuk diuruskan sendiri oleh si ibu.Mutawif lamar depan Kaabah, sebulan kahwin... akhirnya cerai.Doktor kongsi kisah adik jadi mangsa mutawif, harta lesap bayar ah long.Disangka jodoh terbaik, rupa-rupanya bekas suami terlibat dadah.Bayi bibir sumbing ditinggalkan, keluarga bantu urus perceraian.Kisah di Threads jadi perhatian, netizen pesan jangan mudah percaya.Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut bersimpati dengan nasib menimpa adik kepada doktor perubatan ini."Kisah yang bagus untuk kita berhati-hati pada masa depan."Baca mula-mula Alhamdulillah, pertengahan bawa ke penghujung, Allah... ada plot twist. Minta dijauhkan daripada keluarga kita semua."Bukan kena pukau... orang Melayu memang taksub dengan ustaz. Nak menantukan seorang ustaz. Tak tahu beza yang mutawif tu bukan ustaz," tulis beberapa netizen.