suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lepas tak berjaya buktikan murid perempuan pakai mekap, ustazah tergamak hambur kata-kata paling hina depan orang ramai!

Seorang guru sepatutnya menjaga air muka pelajarnya sendiri. -Gambar hiasan AI

TINDAKAN melampau seorang guru agama yang tergamak melemparkan kata-kata kesat serta memalukan seorang murid perempuan di hadapan khalayak ramai mencetuskan rasa berang dalam kalangan netizen.

Paling terkesan tentulah ibu kepada murid terbabit.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, si ibu mendakwa anaknya ditarik ke hadapan orang ramai sebelum wajahnya disapu menggunakan tisu basah kerana disyaki memakai alat solek sebelum sesi persekolahan bermula.

Namun, katanya, tiada kesan alat solek yang melekat pada tisu berkenaan kerana anaknya sememangnya tidak memakai sebarang mekap ke sekolah yang tidak didedahkan lokasinya.

Seorang ibu pastinya mahukan yang terbaik buat anaknya ketika menimba ilmu di sekolah. -Gambar hiasan AI

"Memang anak aku tak pakai mekap pun, cuma muka dia jenis berkulit putih. Apabila kena panas, pipi dia automatik jadi merah macam pakai blusher (pemerah pipi).

"Lepas dah tengok tiada kesan mekap melekat pada tisu, dia tetap nak marah anak aku. Kali ini dia kata anak aku pakai maskara pula. Padahal memang bulu mata dia lentik dan panjang sejak dari kecil lagi.

"Aku nak cakap macam mana kan? Lepas tu dia cakap... awak ni pergi sekolah nak belajar ke menyondol? Anak aku terus menangis. Dia kata... malu sangat ibu, semua orang tengok dan jeling kakak," ceritanya di Threads.

Tambah wanita itu, dia berasa sangat marah dengan kejadian tersebut dan bercadang berbincang dengan suaminya mengenai tindakan yang perlu diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar malas hadir jamuan raya, ‘gelabah’ cikgu larang mekap... Wanita terkejut ‘diserang’ sebab beri nasihat

ARTIKEL BERKAITAN: Minat mekap sejak kecil, pemuda ini buat ibunya terkejut selepas tunjuk hasil solekan pertama - “Tak berani minta ma ajar, saya kan lelaki”

Malah, kata wanita itu anaknya masih menangis dan mengurung diri di dalam bilik selepas pulang dari sekolah kerana malu dengan kejadian dimalukan guru agama tersebut.

"Tak kisah kalau semua cikgu yang bertugas nak lap muka anak aku setiap hari sebab tu dah tugas mereka untuk pastikan murid ikut peraturan sekolah.

"Tapi kalau dah lap tak ada apa-apa pada tisu tu tak payah la nak marah-marah dan malukan pelajar tu lagi. Anak aku tak buat salah pun. Aku geram tau.

"Aku tanya dia apa yang terjadi lagi di sekolah sebab aku nampak anak aku macam ada beban dekat dalam hati yang tak terlepas lagi. Berat dia nak cakap.

  • Ibu dakwa anak dimalukan ustazah kerana disangka pakai mekap.
  • Anak didakwa ditarik dan wajahnya disapu tisu di depan pelajar lain.
  • Ustazah didakwa tetap memarahi murid walaupun tiada kesan solekan.
  • Anak turut didakwa digelar 'sundal' hingga menangis.
  • Ibu serah kes kepada pihak sekolah untuk siasatan.

"Rupanya sebelum ustazah lepaskan dia masuk kelas, ustazah tu cakap dia sundal (gadis jalang), Allahuakbar," dakwa wanita itu lagi menceritakan situasi tersebut.

Dalam perkembangan terbaharu, wanita itu memaklumkan dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk menjalankan siasatan mengikut prosedur ditetapkan.

Katanya, dia dan suami sudah bertemu pihak pentadbiran sekolah secara baik serta berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan sewajarnya, selain individu terbabit diberi pengajaran.

Wanita itu menegaskan dia tetap menghormati profesion perguruan dan mengakui jasa guru dalam mendidik anak-anak.

Malah dia menyifatkan apa yang berlaku bukanlah kesalahan institusi sekolah, sebaliknya berpunca daripada tindakan ustazah itu sendiri.

Artikel Lain