SIKAP terlalu mudah meminjamkan barangan peribadi kepada orang lain mungkin nampak terpuji, tetapi jika tidak berhati-hati ia boleh memakan diri sendiri.Pengalaman pahit itu terpaksa ditelan seorang pemuda apabila sehelai hoodie berjenama miliknya bukan sahaja tidak dipulangkan selama empat bulan, malah akhirnya dijumpai dalam keadaan sudah rosak.Cerita pemuda berkenaan, rakannya meminta izin meminjam hoodie tersebut untuk keluar berjanji temu bersama teman wanita, namun terus 'lupa' jalan pulang untuk memulangkannya.Ada segelintir individu sanggup meminjam barangan orang lain untuk kelihatan bergaya di hadapan teman istimewa. -Gambar hiasan AI "Pengajaran untuk semua, jangan pernah sesekali bagi kawan pinjam barang kalau tak nak jadi macam aku."Kawan pinjam hoodie branded aku buat pergi dating, tapi dah empat bulan tak pulangkan. Semalam kantoi dia pakai buat cuci motosikal sampai kena minyak hitam," luahnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Abah menangis sebab malu” - Kisah bapa terpaksa pinjam RM400 daripada anak baru dapat gaji pertama sentuh hati ramaiARTIKEL BERKAITAN: Nampak gelisah sambil layan ‘game’ bola... Akhirnya kawan lelaki buka mulut, rendahkan ego minta pinjam duitLebih menyakitkan hati, rakannya itu tanpa rasa bersalah bertindak menyindir dan menggelarnya sebagai seorang yang kedekut sewaktu dia cuba meminta semula haknya."Apabila aku minta balik, dia selamba cakap... baju murah pun nak berkira? Kedekut gila kau."Dia jahanamkan baju aku, pastu dia hina aku kedekut depan orang. Betul la sabar tu sebahagian daripada iman," katanya.Hoodie RM300 dipinjam untuk dating, tetapi empat bulan tidak dipulangkan.Pemilik terkejut apabila hoodie itu ditemui penuh kesan minyak hitam.Rakan yang meminjam pula menyifatkan pemiliknya sebagai kedekut.Pemuda itu meminta ganti rugi RM300, tetapi hanya ditawarkan RM50.Netizen menyelar sikap rakan yang dianggap mengambil kesempatan.Ringkasan ini dijana oleh AIPemuda itu berkata, dia tidak mahu menerima semula hoodie berkenaan dalam keadaan yang sudah rosak dan sebaliknya meminta ganti rugi."Aku minta ganti rugi RM300 sama macam harga aku beli hoddie tu tapi dia nak bagi aku RM50 je," katanya.Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang berpendapat pemilik barangan berhak meminta ganti rugi sekiranya barang yang dipinjam rosak akibat kecuaian peminjam."Minta ganti rugi. Dah pinjam pandailah pulangkan. Kawan apa jenis macam tu. Kawan yang ambil kesempatan terhadap kawan sendiri."Benda bukan masalah mahal atau murah. Tu barang orang. Dah la pinjam. Tak payah kawan la dengan orang macam tu," komen netizen.