SETIAP anak pasti menyimpan impian untuk berbakti dan membalas jasa ibu bapa sebaik sahaja mereka sudah mampu berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.Begitulah kisah menyayat hati seorang gadis yang baru sahaja menerima gaji pertama berjumlah RM800, apabila dia tidak menyangka sebahagian daripada wang tersebut perlu digunakan untuk membantu bapanya yang ditimpa musibah. Individu berkenaan mendedahkan, dia menerima panggilan daripada bapanya yang mahu meminjam separuh daripada jumlah gajinya selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan amat memerlukan wang bagi mendapatkan rawatan.Anak-anak perlu mendapatkan kepastian apabila melibatkan duit agar ibu bapa kita tidak terlibat dengan scammer. -Gambar hiasan AI"Alhamdulillah rezeki tak pernah salah alamat. Baru masuk gaji pertama saya dengan jumlah RM800, tiba-tiba abah call nak pinjam RM400 sebab terlibat dengan kemalangan."Nak tercabut jantung aku dengar. Sedih sebab abah tak pernah minta duit dekat anak-anak sampai dia nak menangis sebab malu nak pinjam. Tapi kali ni dia terpaksa sebab nak bayar rawatan," tulisnya menerusi satu hantaran yang menyentuh hati netizen.Bagaimanapun, dia yang tidak mendedahkan sektor pekerjaannya dalam hantaran itu mengakui langsung tidak berasa terbeban dengan permintaan tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Demi segulung ijazah di Australia, bapa nekad buat pinjaman RM100,000... Anak pula serba salah, tak mahu jadi ‘hamba’ hutangARTIKEL BERKAITAN: Rahsia ayah banyak buat ‘loan’ terbongkar, siap jadi penjamin kawan! Anak baru sambung belajar risau warisi hutangSebaliknya, situasi itu membuatkan dia berasa bangga kerana akhirnya mampu membantu insan yang selama ini bertungkus-lumus membesarkannya dan menyara keluarga.Malah, individu itu menyifatkan momen berkenaan sebagai satu titik perubahan yang membuktikan bahawa dia berasa lebih matang serta mampu menjadi tempat bergantung buat bapanya ketika berdepan waktu-waktu sukar."Semoga abah saya dikurniakan kesihatan yang baik. Tapi sebenarnya saya rasa bangga sekejap. Abah nak pinjam duit, rasa macam saya dah besar dan jadi anak harapan," tambahnya lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang tersentuh dengan keikhlasan anak berkenaan dalam membantu bapanya meskipun baru menerima gaji yang tidak seberapa.Baru terima gaji pertama RM800, terus bantu abah.Abah pertama kali pinjam duit daripada anak.Sanggup beri RM400 untuk kos rawatan.Anak bangga dapat bantu orang tua.Netizen puji sikap tidak berkira.Ringkasan ini dijana oleh AIRamai berpendapat peluang untuk membantu ibu bapa ketika mereka memerlukan merupakan satu nikmat yang besar dan tidak semua anak berpeluang merasainya."Tu la pahala yang besar Allah bagi. Sungguh rahmat-Nya jika mak ayah minta tolong dekat anak-anak. Pahala lebih besar daripada sedekah."Tak apa dik, Allah gantikan yang lebih baik. Saya pun pernah alami perkara sama. Selalu doa supaya urusan ayah dipermudahkan. Mungkin kita adalah asbab urusan mereka dipermudahkan."Senyum acik baca dik. Awak bangga sebab tiba-tiba berada di posisi memberi atau menolong. Selama ini disara ayah, kali ini berbeza. Apabila awak ada rasa macam tu, awak memang anak yang baik dan tak rasa terbeban," komen beberapa netizen.