Setiap pasangan perlu ada rasa percaya antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
PENGKHIANATAN dalam rumah tangga bukan sahaja meninggalkan luka yang mendalam kepada pasangan, malah boleh menjejaskan kepercayaan sehingga menimbulkan rasa syak wasangka berpanjangan.Begitulah situasi perit yang dikongsikan seorang lelaki apabila mengakui teruk 'dibasuh' dan dimarahi isterinya selepas dia berulang kali menuduh wanita itu berlaku curang, meskipun tanpa sebarang bukti kukuh. Menurut si suami, kemarahan isterinya memuncak apabila dia menuduh wanita itu sengaja menutup fungsi perkongsian lokasi di telefon bimbit, sedangkan keadaan sebenar hanyalah disebabkan masalah teknikal sistem yang tidak memaparkan lokasi semasa."Dia kata aku bodoh sebab selalu tuduh dia keluar dengan lelaki lain. Puncanya aku tuduh dia off location iPhone dia. Walhal dia tak tutup pun.Suami isteri perlu berbincang sekiranya timbul masalah dalam rumah tangga. -Gambar hiasan"Padahal pada hari dia ada meeting pun dia nak cepat-cepat balik rumah. Lepas tu dia cakap lagi aku ni bodoh sebab buat tuduhan masa dia tengah mengandung anak aku. Penat dia berkorban tapi aku asyik tuduh isteri sendiri curang."Isteri aku ni lawa. Dia cakap kalau nak curang, dah lama dia buat," cerita lelaki itu dengan nada kesal.Namun di sebalik amukan itu, si suami mendedahkan bahawa isterinya menyifatkan segala keresahan dan ketakutan yang dialaminya kini sebenarnya adalah 'balasan' terhadap perbuatan lampaunya yang pernah mengkhianati kepercayaan perkahwinan mereka."Sebenarnya dulu pernah curangi dia. Sekarang ni dia kata padan muka aku sebab termakan dengan perasaan tak selamat dengan diri sendiri. Teruk aku kena basuh dengan bini aku.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri husnuzon suami doktor kerap ‘on-call’, alat sulit bercukur rupanya petanda curang... Paling pedih 8 bulan digantung tak bertaliARTIKEL BERKAITAN: Suami dan penyondol kantoi bercuti di pulau sama dengan isteri, siap bawa familli kekasih! Wanita terus fail cerai walau sedang hamil"Sambil membebel tu dia menangis dan sebut aku ni lelaki paling bodoh," cerita si suami mengenangkan apa yang berlaku dalam rumah tangganya kini.Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sebulat suara berpendapat bahawa amukan ego wanita tersebut bukanlah sengaja dibuat-buat, sebaliknya ia adalah manifestasi luka lama yang masih berdarah akibat kecurangan suaminya dulu."Sebenarnya marah dia tu hasil daripada kecurangan kau bang. Sebab tu dia panggil kau bodoh. Kesian dia sampai murung. Ambillah balik hati isteri tu. Semoga rumah tangga anda berdua sentiasa dalam rahmat Allah."Muhasabah diri. Daripada mana datang semua rasa tidak yakin tu? Jadi isteri pun susah. Sebab itu kebanyakan perceraian berlaku atas alasan tiada persefahaman. Awak sanggup buang masa hidup dengan negativiti?Isteri hamil kecewa suami asyik syak bukan-bukan.Tuduhan sengaja tutup lokasi iPhone cetus pertengkaran suami isteri.Perbuatan curang si suami masa lalu jadi punca hilang kepercayaan.Netizen minta suami muhasabah diri.Rasa tidak yakin diri makan tuan dalam rumah tangga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Kalau dia sampai panggil kau macam tu, percayalah dia dah sampai pukcak had kesabaran. Selebihnya awak la putuskan untuk teruskan atau tinggal," tulis beberapa netizen.Sedar dirinya menjadi mangsa kepada bayangan masa lalunya sendiri, lelaki tersebut tampil membalas komen netizen dan mengakui bahawa segala kekusutan ini berpunca daripada tangannya sendiri."Aku tahu aku yang salah. Aku yang banyak mesej perempuan tak tentu arah. Aku dah berhenti dan cuba berubah, tapi benda itu makan diri aku semula."Aku jadi tak yakin dengan diri sendiri. Tambah pula bini aku dah tak macam dulu. Tak seceria dulu, tak kelakar macam zaman muda-muda."Aku suka tengok gambar lama dia. Cheeky dan kelakar. Sekarang dia selalu murung. Kadang-kadang macam nak marah saja," jelasnya.