SEORANG lelaki menjadi perhatian warga maya selepas meluahkan pandangan mengenai isu burnout atau keletihan melampau dalam kalangan suri rumah.Tanpa berselindung, lelaki itu mempunyai tanggapan buruk terhadap isu tersebut memandangkan dia sendiri bekerja dari rumah (WFH) sambil menguruskan rumah tangga. Dakwanya, sepanjang menggalas tugas 'suri rumah' dia tidak berdepan masalah burnout seperti dialami kebanyakan wanita."Aku skeptikal sikit bila geng suri rumah kata burnout, stres dan sebagainya sebab aku sendiri WFH. Dalam masa sama, aku uruskan anak-anak.Keletihan menguruskan rumah tangga boleh memberi kesan terhadap mental. -Gambar hiasan AI"Uruskan hal rumah, hantar dan jemput anak sekolah, siap jaga mentua strok dan buta sepenuhnya. Waktu bini berpantang jadi aku juga yang jaga. Tak ada penat mana. Aku enjoy saja."Mereka (suri rumah) yang cakap burnout tu mungkin sebab banyak mengeluh dan melayan emosi mungkin," ujar lelaki itu dalam hantaran dibuat di Threads.Tambah lelaki itu lagi, sebaik menamatkan pengajian di universiti, dia terus bekerja dari rumah kerana perlu menjaga bapanya yang sakit kritikal.Dakwanya, selama lebih 16 tahun dia berulang-alik ke hospital untuk urusan dialisis, selain menguruskan ibu bapa, menjaga adik-beradik dan menyara keluarga sejak zaman bujang.ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘burn out’ berpantang tanpa suami, ‘terbang’ ikut mak mentua pergi umrah - “Luka pembedahan aku ni sakit lagi”ARTIKEL BERKAITAN: ‘Burnout’ di ofis sampai sakit kepala, pergi klinik kena bebel pula! Pesakit mengamuk dakwa doktor ‘kedekut MC’Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang kecaman ramai yang tidak bersetuju dengan pandangannya tentang tugas suri rumah.Rata-rata netizen berpendapat pengalaman lelaki itu tidak boleh disamakan sepenuhnya dengan cabaran dilalui wanita, khususnya ibu yang melalui proses kehamilan, bersalin dan menyusukan anak."Mungkin sebab tak mengandung sembilan bulan, tak melalui sakit bersalin, tak berpantang dan tak menyusukan anak sampai dua tahun. Sambil menyusukan anak, seorang lagi mengamuk. "Nak mandi, makan, memasak atau mengemas rumah pun tak sempat sebab perlu menghadap anak-anak yang terlalu clingy kepada ibu," kata seorang pengguna media sosial memerli lelaki berkenaan.Lelaki persoal dakwaan suri rumah mudah burnout, cetus perdebatan netizen.Pandangan lelaki mengenai tugas suri rumah undang kecaman ramai.Lelaki dakwa urus keluarga sambil WFH tidaklah terlalu memenatkan.Kenyataan lelaki kaitkan burnout dengan emosi raih pelbagai reaksi.Netizen pertahan cabaran ibu selepas lelaki pertikai isu burnout.Ringkasan ini dijana oleh AISeorang lagi lelaki turut memberikan pandangannya dengan menyifatkan lelaki sememangnya memiliki kudrat fizikal lebih kuat berbanding wanita."Sebab itu lelaki perlu membantu isteri di rumah, bukan hanya menggunakan kudrat untuk hobi semata-mata. Wanita ini unik kerana merekalah yang mengandung, melahirkan anak dan mengalami haid. "Sebab itu emosi mereka juga ada turun naik. Kalau lelaki ada hormon seperti wanita, boleh melahirkan anak dan mengalami haid, mungkin akan rasa burnout juga."Khidmat yang diberikan kepada isteri memang bagus, tetapi merendahkan pengalaman wanita itu kurang tepat," ujar lelaki berkenaan.