suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak semua wanita makan hati bila bermadu... Isteri pertama bahagia, lagi seronok suami lebihkan bini nombor dua

Suami perlu berlaku adil jika mahu berpoligami. -Gambar hiasan AI

KEBANYAKAN wanita menolak poligami kerana tidak mahu berkongsi kasih seorang lelaki.

Malah, ramai tidak sanggup melihat suami mereka balik ke rumah madu kerana rasa cemburu yang membuak-buak.

Namun menurut seorang wanita, dia sebaliknya menjalani kehidupan yang sangat baik walaupun bermadu.

Tak semua wanita sanggup hidup berpoligami. -Gambar hiasan AI

"Saya langsung tak dengki, lagi seronok suami tiada (balik ke rumah madu). Pada waktu itu, saya boleh layan Netflix.

"Saya boleh tidur lambat dan tak payah masak beria sangat," kongsinya menerusi aplikasi Threads.

Menurut wanita itu lagi, dia juga tidak kisah tentang giliran bermalam kerana malas untuk melayan 'drama' madunya.

  • Seorang wanita tular selepas kongsi kisahnya hidup bermadu.
  • Berbeza dengan kebanyakan wanita lain, dia akui bahagia bermadu.
  • Dia juga menggalakkan suaminya melebihkan giliran untuk madunya.
  • Beberapa wanita senasib dengannya turut berkongsi kisah di ruangan komen.

"Kadang kalau dia balik tiga hari berturut-turut, saya pula halau suruh dia balik rumah sana. Malas nak dengar isteri nombor dua memekak. 

"Isteri nombor dua tu pernah mengadu dekat mentua, dia kata suami takut dengan saya," kongsi wanita itu lagi.

Perkongsian itu turut dihujani pelbagai komen, khususnya daripada golongan wanita senasib dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Poligami tanpa perang... Isteri pertama dedah rahsia bahagia bermadu, siap kongsi jadual bermalam

ARTIKEL BERKAITAN: Tergila-gila suami orang angkara minyak pengasih... Adik dedah kisah tragis kakak maut disihir madu seorang doktor!

"Samalah. Dalam hati, selalu tanya bila dia nak gerak balik rumah isteri satu lagi? Serabut dia ada dekat sini.

"Kita boleh jadi geng. Sampai suami tanya, kenapa halau dia? Kalau dia ada kena masak. Kalau dia tiada, saya tak masak atau beli luar je.

"Makcik saya pun bermadu. Bila giliran makcik belah sana, dia okey je. Dia siap ajak saya jalan-jalan sebab dapat 'cuti' seminggu," tulis netizen.

Artikel Lain