suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tergila-gila suami orang angkara minyak pengasih... Adik dedah kisah tragis kakak maut disihir madu seorang doktor!

Tidak dinafikan ada individu yang iri dengan perkahwinan orang lain sehingga sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan. -Gambar hiasan AI

KEHIDUPAN bermadu sering kali digambarkan sebagai satu perkongsian yang menuntut kesabaran, toleransi dan keikhlasan daripada semua pihak yang terlibat.

Walaupun ada yang berjaya mengharungi kehidupan berpoligami dengan harmoni, tidak kurang juga kisah rumah tangga terpaksa berakhir dengan konflik, tekanan emosi dan pelbagai dugaan lain.

Seorang wanita tampil berkongsi kisah tragis yang menimpa arwah kakaknya dengan harapan ia dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain.

Menurut wanita itu, kakaknya yang mesra dipanggil Kaklong sangat berhasrat untuk berkahwin meskipun usianya ketika itu baru mencecah 30 tahun.

"Dia ni degil nak sangat kahwin dengan laki orang. Umur baru 30 tapi dia risau sebab aku anak nombor empat dah kahwin dan dah ada seorang anak.

"Jadi dia jumpa dengan laki orang tu dekat tempat kerja," kongsinya.

Tidak ramai golongan isteri yang sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain. -Gambar hiasan AI

Menurutnya, lelaki berkenaan dilihat mempunyai ciri-ciri yang baik dan mendapat restu daripada isteri pertama untuk berkahwin lagi.

Bagaimanapun, wanita itu mendakwa keadaan sebenar tidak seperti yang disangka.

"Rupanya laki tu guna ubat pengasih. Bini pertama laki tu seorang doktor, bermula la episod duka lara kisah bermadu kakak aku.

"Bini dia rupanya setuju dekat mulut dan kertas je tapi dalam hati macam syaitan. Pernah kakak aku kena lempang dengan doktor tu," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Terjebak cinta suami orang, gadis diminta ‘pikat’ bakal madu kalau mahu kahwin... Kekasih tak sanggup lukakan hati isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sedia bermadu, tak suka rutin 'melekat' di rumah manjakan suami! Lebih gemar 'travel', habiskan masa dengan anak-anak

Menurut perkongsian tersebut, keadaan menjadi semakin rumit apabila madu kakaknya mengandung.

Dakwanya, pelbagai konflik dan drama berlaku terutama ketika giliran kakaknya bersama suami.

"Selalu apabila giliran kakak aku memang dia akan buat hal, malam-malam laki tu kena balik rumah bini sana. 

"Kesian juga dengan Kaklong aku, dia pula mengandung asyik gugur. Kemalangan, masuk hospital dan macam-macam hal," ujarnya.

Lebih menyedihkan, keadaan kesihatan kakaknya didakwa mula merosot selepas melahirkan anak.

"Terus tak boleh berjalan, duduk atas kerusi roda. Pergi periksa di hospital pun tak tahu sakit apa.  

"Tubuh dia mula kurus tinggal tulang, asyik sakit minta nak urut. Berubat sana sini... duit dah banyak habis," ceritanya.

Wanita itu turut berkongsi kenangan paling menyayat hati yang masih menghantuinya sehingga hari ini.

  • Seorang wanita kongsi kisah penderitaan kakaknya yang memilih hidup bermadu.
  • Kakaknya berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang, kononnya selepas mendapat restu isteri pertama.
  • Bagaimanapun selepas kahwin kakaknya langsung tak bahagia, malah dikasari madu.
  • Kakaknya mula hidap penyakit misteri selepas lahirkan anak hingga akhirnya meninggal dunia.
  • Dia berkongsi kisah arwah kakaknya sebagai pengajaran buat wanita lain.

Katanya, sehari sebelum meninggal dunia, kakaknya meminta untuk bertemu anaknya yang ketika itu berada di bawah jagaan keluarga kerana dia sedang menjalani rawatan di tempat lain.

"Aku sedang mengandung dan tak berani memandu jauh pada waktu malam.

"Aku cakap tunggu esok saja. Tapi keesokan paginya sebelum Subuh, dia meninggal dunia.

"Sampai sekarang saya menyesal sebab tak bawa anak dia jumpa malam itu juga," luahnya.

Tambah wanita itu, anak arwah kini sudah membesar dan dijaga oleh ibu mereka.

Mengakhiri perkongsiannya, dia berharap kisah yang menimpa kakaknya dapat dijadikan iktibar oleh masyarakat.

"Semoga jadi pengajaran untuk siapa-siapa yang nak bermadu. Jangan main sihir benda haram," akhirinya.

Artikel Lain