suria

Wanita sedia bermadu, tak suka rutin 'melekat' di rumah manjakan suami! Lebih gemar 'travel', habiskan masa dengan anak-anak

Tidak ramai golongan isteri yang sanggup berkongsi kasih suami dengan wanita lain. -Gambar hiasan AI

ISU poligami sering menjadi topik sensitif dalam kalangan wanita, apatah lagi apabila melibatkan soal berkongsi kasih dan perhatian suami.

Ketika ramai yang mengakui tidak sanggup menerima kehadiran 'madu', seorang wanita tampil dengan pandangan berbeza apabila menyatakan kesediaannya membenarkan suami berkahwin lain atas alasan tersendiri.

Menurut wanita itu, keputusan tersebut bukan berpunca daripada tiada rasa cinta, sebaliknya lebih kepada keperluan ruang peribadi atau me time.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tua nak ‘rehat’, suami gaji RM28,000 dapat izin poligami... Malangnya tak jumpa calon nombor 2 - “Testosteron saya tinggi”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 7 bulan nikah, wanita giat cari madu demi tunai hasrat suami berpoligami... Percaya mampu adil, beri cukup nafkah

"(Kerana) me time... Memandangkan saya tidak suka terlalu mengikut kehendak seseorang. Bukan tak cinta cuma tak berapa suka rutin sebagai seorang suri rumah sepenuhnya. 

"Nak kena jaga waktu makan, nak kena itu, nak kena ini. Saya tak suka rutin kerja rumah hanya untuk memanjakannya," tulisnya dalam satu hantaran di Thread.

Tiada halangan untuk lelaki berpoligami asalkan mampu berlaku adil. -Gambar hiasan

Tambah wanita tersebut, dia juga gemar melancong sama ada di dalam atau luar negara membuatkan dirinya terlalu menghargai kebebasan untuk mengatur masa sendiri di samping melakukan perkara yang disukai tanpa terikat dengan kekangan tugas sebagai suri rumah.  

"Saya selalu travel ke luar negara, outstation, suka bawa anak-anak balik rumah mak saya, suka lepak dengan kawan. 

"Jadi, dia boleh kahwin lain. Selagi mana dia tahu batas dan tanggungjawab. Lagipun saya dah ada segalanya," jelasnya lagi.

  • Seorang wanita membenarkan suami berkahwin lain kerana menghargai ruang peribadi (me time).

  • Dia tidak suka terikat dengan rutin suri rumah sepenuhnya dan gemar melancong serta mengatur masa sendiri.

  • Suami boleh kahwin lain selagi menunaikan tanggungjawab dengan adil.

  • Netizen memuji keterbukaan, kematangan dan kejujurannya dalam menguruskan rumah tangga.

  • Namun ada yang berpendapat dia tidak memahami peranan sebenar seorang isteri.

Perkongsian pandangannya itu mengundang reaksi bercampur daripada warga maya. 

Ada netizen yang memuji keterbukaannya dan bagi mereka, sikap tersebut menunjukkan kematangan serta kejujuran dalam mengurus rumah tangga.

"Saya suka dengan semangat awak. Tapi kalau suami memang betul-betul adil dan mampu saya rasa okay nak hidup macam ni.

"Saya memang ada mindset macam ini. Hidup saya tidak berputar sekitar lelaki, termasuk suami. Yang penting, duit dan nafkah diselesaikan seperti biasa," komen beberapa netizen.

Namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan keputusan wanita itu dengan berpendapat dia tidak memahami peranan sebenar seorang isteri.

Artikel Lain