suria

Tawar kakak ipar jadi ibu susuan, abang minta 'lebih' nak jadikan anak angkat! Wanita risau hilang hak ke atas bayi dilahirkan luar nikah

Setiap ibu pasti akan berusaha melindungi anaknya yang masih kecil. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan kecewa apabila niat asalnya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bertukar menjadi konflik.

Berkongsi cerita, ujar wanita ini, segalanya bermula apabila dia bersetuju untuk menjadikan kakak iparnya (sister-in-law) sebagai ibu susuan kepada anaknya.

Menurutnya, tindakan itu bagi memudahkan urusan seperti aurat, pergaulan (mahram) antara anaknya dengan abang serta kakak iparnya, termasuklah tidak batal wuduk apabila sudah akil baligh.

Banyak cabaran yang perlu dilalui mereka yang berstatus anak tidak sah taraf. -Gambar hiasan

Banyak cabaran yang perlu dilalui mereka yang berstatus anak tidak sah taraf. -Gambar hiasan

"Aku dah bincang dan buat keputusan untuk jadikan kakak ipar sebagai ibu susuan anak aku.

"Tapi tiba-tiba abang aku nak jadikan anak aku sebagai anak angkat dan tukar sijil lahir kepada 'melintang'.

"Aku yang jaga anak aku tu, tapi sijil lahir atas nama mereka," luahnya di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja terkilan ibu bapa sorok status anak luar nikah, reka alasan tak logik - “Kenapa tiada nama papa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak tak sah taraf dihalang kahwin! Mak ayah masih nak sorok rahsia terlanjur zaman muda

Susulan cadangan tersebut, dia bertegas menyatakan keengganannya kerana menganggap segala perkara melibatkan anaknya termasuk masa depan akan diuruskan abangnya sekeluarga.

Bagi wanita ini jika apa yang dicadangkan abangnya jadi realiti, dia sebagai ibu kandung seolah-olah tidak berhak ke atas anaknya, hanya sekadar individu yang mengandung, melahirkan dan menjaganya sahaja.

"Mereka akan uruskan sekolah, menikah dan segalanya! Aku jadi watak sampingan je, macam tu?

  • Wanita setuju kakak ipar jadi ibu susuan anaknya.
  • Abang cadang jadikan anak angkat, tukar sijil lahir.
  • Dia tolak, rasa seolah-olah hilang hak sebagai ibu.
  • Mengaku sangat terluka, sanggup menjauh dari keluarga.
  • Netizen kata niat abang baik, suruh fikir dari sudut hukum dan masa depan anak.

"Alasan mereka, nak jaga air muka anak aku takut dia kena ejek, budak yang ada mak ayah pun kena ejek dan pulau," tambahnya.

Wanita itu sebelum ini dipercayai telah terlanjur dan hamil sebelum melahirkan bayi berkenaan.

Mengakui terasa hati dengan cadangan abangnya, dia turut menyatakan kemungkinan untuk 'pergi jauh' daripada keluarga termasuk menyekat setiap bentuk perhubungan sekiranya terus didesak.

"Sumpah sedih dan terasa hati sangat apabila abang aku decide macam tu, bayangkan jika aku teruskan idea tersebut... anak aku akan persoalkan nama mereka pada sijil lahir dia.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat.

Warga maya memberi pandangan dan nasihat.

"Silap-silap, aku yang dianggap sebagai orang luar, bukan ibu kandung dia.

"Kalau mereka berkeras, aku mungkin akan bawa diri jauh dari mereka dan sekat semua connection," tambahnya.

Luahannya mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya memberi pandangan positif tentang kebaikan dan keburukan yang mungkin berlaku di kemudian hari.

"Kalau anak awak tu anak luar nikah, saya anggap tujuan abang awak tu baik terutama dari segi hukum dan aurat dengan keluarga awak.

"Anak susuan tu sama taraf dengan anak kandung, kalau awak tak setuju, jangan tawar langsung untuk jadikan anak susuan.

"Awak terlalu ikut emosi dan perasaan, lebih baik ada surat beranak melintang daripada ada sijil lahir tapi bahagian bapa 'kosong'," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain