suria

Suami hanya pandai ‘buat’ anak, tapi culas nafkah... Pasang niat nak kahwin wanita cantik jika dah kaya!

Isteri akan berasa terbeban apabila terpaksa menguruskan rumah tangga dan perbelanjaan sendirian. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita meluahkan kesedihan apabila terpaksa menelan pahit kehidupan sepanjang tempoh sembilan tahun perkahwinan, susulan sikap suami yang didakwa culas memberi nafkah.

Lebih malang apabila perbelanjaan dan pendidikan anak juga terpaksa ditanggung seorang diri meskipun saban tahun gaji suami dinaikkan berlipat ganda.

"Dah kahwin sembilan tahun, anak dua orang tapi kos sekolah RM1,400 dan yuran tahunan termasuk makan pakai serta mainan anak semua tanggung sendiri.

Suami perlu bertanggungjawab dalam setiap kos perbelanjaan bersalin isteri. -Gambar hiasan AI

Suami perlu bertanggungjawab dalam setiap kos perbelanjaan bersalin isteri. -Gambar hiasan AI

"Barang-barang rumah, barang keperluan sendiri, baju raya sendiri dan anak pun tanggung sendiri. Suami dah naik gaji berganda," luahnya di Thread.

Bukan itu sahaja dia juga mendedahkan bahawa bil rawatan bersalin dan kos pengangkutan adalah di bawah tanggungannya.

Manakala suaminya hanya membayar rumah yang didiami.

"Banyak kali bergaduh sampai naik muak, tak tahu nak tuntut nafkah macam mana lagi... nak dapatkan bantuan peguam, mahal pula.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya refund balik semua duit dia!” - Isteri hamil terasa hati suami ungkit pemberian nafkah, berkira tanggung kos anak bakal lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Sudah 3 bulan suami naik pangkat, isteri kecil hati tak diberitahu gaji pun bertambah - “Nafkah bulan-bulan sama je”

"Banyak dah hutang sebab nak sara keluarga," tambahnya sayu.

Menurut wanita ini, perkara yang lebih menggores hati adalah kata-kata suaminya mengenai paras rupa.

"Suami cakap, kalau dia dah kaya, baik dia kahwin dengan perempuan cantik. Adakah aku terlalu hodoh sampai kena jaga dia masa miskin?" adunya sebak.

Bercerita lanjut mengenai sikap tidak bertanggungjawab suaminya, pengadu mengimbau momen memilukan ketika dia dan anak-anak diserang jangkitan Influenza.

  • Kahwin 9 tahun, suami didakwa culas beri nafkah.
  • Semua kos anak dan rumah tangga ditanggung sendiri.
  • Siap berhutang, suami hanya bayar rumah.
  • Terguris bila suami hina rupa paras.
  • Netizen simpati, nasihat tuntut hak di mahkamah syariah.

Ujarnya, si suami memilih untuk mengutamakan urusan luar berbanding menjaga dia dan anak-anak.

"Masa sakit demam Influenza, anak-anak meraung. Sambil saya sakit, saya kena susukan dan jaga anak sendiri. 

"Suami pergi tolong uruskan majlis kat tempat lain," jelasnya sambil mengakui terlalu bodoh kerana berkahwin dengan lelaki tersebut.

Warga maya memberi nasihat dan pandangan.

Warga maya memberi nasihat dan pandangan.

Meskipun menyesal dengan pilihan yang dibuat, namun wanita ini terpaksa bertahan dan kuatkan semangat kerana kasihan pada dua anaknya.

Hantaran yang dibuat itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersimpati dan menasihatinya supaya lebih tegas dalam menuntut haknya di mahkamah syariah.

"Boleh mengadu di pejabat agama tentang suami yang tak menunaikan tanggungjawab terhadap awak dan anak-anak.

"Kena minta mak dia nasihatkan... ini tanggungjawab seorang suami.

"Lelaki kalau dia sayang, dia akan berkhidmat untuk kita atau paling tidak... dia kongsi beban kewangan," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain