KEHIDUPAN berumah tangga menuntut toleransi dan tanggungjawab, terutamanya dalam aspek pengurusan kewangan.Namun, bagi wanita ini, perkahwinan yang dibina selama setahun dirasakan cukup memeritkan gara-gara sikap suami yang terlalu berkira. Berkongsi cerita, pengadu berkata sejak awal perkahwinan suaminya sudah menetapkan bahawa hanya tiga nafkah penting sahaja yang akan diberikan."Saya suri rumah dan tiada pendapatan bulanan, suami cakap akan bagi tiga nafkah yang penting sahaja iaitu rumah dan makan minum. Pakaian belum lagi.Suami isteri perlu saling bertoleransi bagi menjaga keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan.jpg"Saya buat semua kerja rumah dan memasak hampir setiap hari tapi sepanjang setahun berkahwin, suami tak bagi duit belanja bulanan langsung," luahnya di Thread.Lebih menyedihkan, apabila cubaan menyuarakan haknya untuk mendapatkan wang saku bagi membeli barangan peribadi menerima reaksi negatif."Saya tak ada duit nak belanja untuk barang peribadi seperti skincare dan make-up."Suami saya kadang-kadang berkira dan kedekut. Dia kata perempuan 'mata duitan' saja yang minta duit poket bulanan daripada suami," adunya lagi.Kahwin setahun, suri rumah tanpa duit poket.Suami hanya beri rumah dan makan minum.Minta wang saku, dituduh ‘mata duitan’.Suami bergaji 4k+ minta separuh STR.Netizen nasihat tinggalkan atau cari pendapatan sendiri.Ringkasan ini dijana oleh AIBukan itu sahaja, suaminya didakwa meminta separuh daripada bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diterima walaupun mempunyai pendapatan melebihi RM4,000 sebulan."Saya dapat STR, tapi dia nak separuh pula. Patut ke saya bagi? Sedangkan STR itu atas nama saya dan saya yang mohon untuk suri rumah."Saya rancang nak guna duit STR tu untuk keperluan peribadi saya," tambahnya yang buntu dengan sikap tamak pasangan sendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah sering makan hati dapat suami kedekut, nafkah tak bagi... Kalau diberi RM10 sebulan pun dah bersyukurARTIKEL BERKAITAN: “Moga Tuhan sempitkan rezeki” - Ramai geram sikap suami kedekut... Duit belanja dapur hanya RM300, ibu sendiri dapat sampai empat angka!Di ruangan komen, warga maya memintanya untuk tidak meneruskan perkahwinan bersama lelaki terbabit.Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya dia kembali bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri."Baik bercerai sekarang sebelum terlambat."Mana kau kutip jantan macam ni buat jadi suami? Janganlah beranak dik, kalau ada anak lagi sengsara hidup."Selama setahun suami awak hutang nafkah pakaian ni, penyakit kedekut tak kena tempat macam tu bahayakan rumah tangga," demikian nasihat warga maya.