suria

Wanita pelik hati rasa tak suka, rimas dengan ibu sendiri... Sosok tua jadi tempat lepas amarah - “Kadang kesian tengok mak”

Ibu juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada sebarang khilaf. -Gambar hiasan AI

SETIAP anak dituntut agar memuliakan ibu bapa sebagai tanda penghargaan terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka.

Bagaimanapun di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi tentang perasaan negatifnya terhadap ibu sendiri.

"Nak tanya, kenapa ya apabila dah dewasa ni, rasa nak marah je dekat mak kita. Apabila dia duduk sebelah, rasa macam tak suka dan tak selesa. Adakah ini sebab childhood trauma?

Anak tidak sepatutnya bersikap biadab terhadap ibu bapa. -Gambar hiasan AI

"Kecil-kecil dulu memang mak selalu marah dan sudah dua kali kami bergaduh sampai tak bertegur sapa masa zaman saya remaja dulu," tulis wanita itu.

Menurutnya, dia juga bersimpati terhadap ibunya, namun sukar untuk mengubah perasaan berkenaan kerana sudah kerap berlaku konflik antara mereka.

"Sekarang dah dewasa pun kadang akan terasa dengan kata-kata dia, cuma kini banyak berdiam je

"Kadang kesian tengok mak apabila dah tua ni, anak-anak marah dia. Tapi apabila cuba nak duduk sama ke, macam cepat trigger nak marah je dengan dia," tulisnya lagi.

  • Wanita tular selepas kongsi luahan hati tentang ibunya di Thread.
  • Wanita itu hairan kerana mudah rasa marah terhadap ibunya semenjak dia dewasa.
  • Dia beranggapan perasaan itu mungkin berpunca daripada sikap ibunya.
  • Ada pelayar Thread berkata mereka turut berdepan situasi sama dengan ibu masing-masing.

Di ruangan komen, ramai pelayar Thread mendedahkan mereka turut berdepan situasi sama gara-gara trauma zaman silam.

"Sebab sejak kecil selalu dimarahi dan direndah-rendahkan. Tiada siapa yang validate perasaan kita.

"Ya, ini trauma. Apabila dah besar, lagi rasa membuak-buak nak marah," tulis netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah tahu bercinta, tiba-tiba ibu umur 70 tahun luah hasrat nak kahwin... Anak serba salah nak halang - “Ada orang galakkan dia”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu buat 'part time' demi sambung belajar, adik pula semua ditanggung siap nak hantar ke 'overseas'... Wanita pertikai sikap ibu

Namun, ramai juga yang memberi nasihat kepada wanita itu agar dia melupakan luka lama demi memperbaiki hubungan dengan ibunya.

"Saya pun macam tu. Sangat valid. Tapi selepas ada anak, saya dah perlahan-lahan maafkan ibu saya.

"Sis jangan jadi macam saya. Mak dah meninggal baru saya menyesal semua tu. Semoga jumpa cara untuk lembutkan hati," tulis netizen.

Artikel Lain