suria

Masin mulut kakak! Doa moga adik lelaki putus tunang jadi realiti... Bakal isteri ada ‘dark side’ - “Aku pernah kena ludah dengan dia”

Hubungan yang baik bukan sekadar soal cinta, tetapi juga keserasian dengan keluarga pasangan. -Gambar hiasan AI

PERASAAN amarah yang tercetus secara spontan kadangkala membuatkan seseorang meluahkan kata-kata tanpa disedari, namun siapa sangka luahan tersebut akhirnya menjadi kenyataan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, seorang wanita berkongsi kisah bagaimana dia tanpa sengaja mendoakan hubungan adik lelakinya bersama tunang tidak berakhir ke jenjang pelamin.

Menurutnya ia tercetus gara-gara satu insiden melibatkan anak kecilnya ketika majlis pertunangan adiknya itu berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum tengok ramai anak muda jaga solat, tak segan jadi imam... Lelaki anggap surau mall ‘port baik’ cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Reda tiada jodoh, doa sahabat bahagia... Pemuda nasihat kaum lelaki jangan pendam perasaan, nanti melepas!

"Nak cerita pasal majlis tunang adik lelaki aku dulu. Lepas dah selesai perbincangan, ada jamuan. Anak aku berdiri sebelah aku. Masa tu umur dia dalam tiga tahun.

"Tiba-tiba seorang anak saudara lelaki kepada tunang adik aku, dalam umur lima tahun, tarik rambut anak aku sampai muka anak aku tersembam.

"Aku dengan suami tak sempat nak halang sebab laju sangat kejadian berlaku. Mak budak tu ada je, dia cakap... alah biasa lah budak-budak, sambil sengih-sengih. Dalam kereta aku siap cakap... harap tak jadi (kahwin) diorang dua ni," tulisnya mengimbas kembali insiden berkenaan.

Hubungan pasangan boleh menjadi dingin akibat tiada keserasian. -Gambar hiasan

Namun tanpa disangka, enam bulan kemudian, kata-kata yang diucapkannya benar-benar berlaku apabila adiknya memaklumkan bahawa pertunangan tersebut telah pun berakhir. 

Pada mulanya, wanita itu mengakui berasa bersalah kerana menganggap doanya menjadi punca perpisahan tersebut.

  • Seorang wanita pernah mendoakan adiknya putus tunang ketika marah.

  • Tanpa disangka doanya menjadi kenyataan.

  • Dia geram gara-gara anak kecilnya diperlakukan kasar oleh kanak-kanak daripada keluarga bakal tunang adiknya.

  • Enam bulan kemudian, pertunangan adiknya benar-benar putus, membuatkan dia berasa bersalah.

  • Adiknya kemudian mendedahkan perkara sebenar dan bersyukur pertunangannya berakhir.

Namun selepas adiknya kembali pulih secara emosi, dia mengambil keputusan untuk menceritakan perkara sebenar dan tanpa disangka, reaksi adiknya ternyata mengejutkan.

"Jawapan adik aku... budak tu (bekas tunang) memang problem la kak. Mak dia manjakan sangat. Aku ni pun pernah je kena ludah dengan dia. Bagus juga kau doa aku tak jadi. Kalau tak, aku jadi balaci keluar duit gaji semua dekat family sana.

"Lega aku… tidaklah aku rasa bersalah sebab doa bukan-bukan," akhirinya sambil menambah, adik lelakinya itu kini sudah pun bertemu jodoh dengan calon lain.

Artikel Lain