suria

Nak ambil ‘parcel’ kena bayar dulu! Mahasiswa mengeluh universiti kenakan caj sampai RM2 simpan barang ‘shopping’

Sesetengah universiti mengenakan caj bagi setiap bungkusan yang disimpan. -Gambar hiasan AI

KETIKA ramai pihak sedang bertungkus-lumus mencari jalan bagi meringankan beban kos sara hidup mahasiswa, timbul pula dakwaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) cuba mengambil kesempatan terhadap pelajarnya sendiri.

Menerusi satu hantaran tular, seorang individu meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak pengurusan universiti yang didakwa mengenakan caj bayaran bagi setiap bungkusan (parcel) milik pelajar.

"Semua orang struggle nak bantu kurangkan kos belanja pelajar universiti terutama bab makanan dan sebagainya.

Kebanyakan pelajar gemar membeli belah secara atas talian. -Gambar hiasan

Kebanyakan pelajar gemar membeli belah secara atas talian. -Gambar hiasan

"Tapi lain pula cara pihak universiti, mereka kaut semua duit pelajar selagi boleh," adunya di Thread.

Dia yang juga pelajar di IPT tersebut turut mendedahkan kadar bayaran yang dikenakan adalah mengikut bilangan barangan dan bukannya secara pukal.

Dakwanya lagi, caj yang dikenakan bermula pada kadar 50 sen sehingga RM2.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar IPTA berlapar, terdesak rayu sumbangan beli makanan di Facebook... Siap kongsi data kad matrik elak dituduh scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar T20 terkilan kena buat 'part-time', rakan B40 'sedap' berbelanja sakan beli barang mewah guna duit bantuan

"Pihak universiti akan pegang dan simpan semua parcel atau barang yang dibeli secara dalam talian.

"Pelajar akan dikenakan caj sebanyak 50 sen, RM1 sehingga RM2 apabila nak tuntut barang sendiri.

"Satu barang, satu caj bayaran," katanya sambil berkongsi notis pemakluman yang ditetapkan pihak universiti.

  • Pelajar dakwa IPT kenakan caj ambil parcel sendiri.
  • Bayaran dikenakan ikut setiap barang, bukan pukal.
  • Caj didakwa antara 50 sen hingga RM2 satu parcel.
  • Hantaran undang reaksi ramai mahasiswa.
  • Netizen kata ada IPT lain buat perkara sama.

Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya termasuk golongan mahasiswa yang berhadapan isu sama.

"Dekat universiti saya pun macam ni, itu belum kira lagi dengan saman RM50 bagi kesalahan kecil dan pelekat barangan elektrik berharga RM10.

Golongan pelajar berkongsi pengalaman di universiti masing-masing.

Golongan pelajar berkongsi pengalaman di universiti masing-masing.

"Boleh cadangkan supaya pihak universiti mohon jadi hub bungkusan, tak perlu ambil duit pelajar tapi dapat komisen untuk setiap parcel.

"Universiti bukan rumah, dah macam hub barang pelajar pula... berpuluh-puluh bungkus sehari.

"Kalau tak buat macam ni, barang pula asyik hilang sebab ada orang curi," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain