suria

“Aku pun terikut tak solat” - Wanita sedih dapat suami jahil agama, abai tanggungjawab bimbing masyuk syurga

Suami sepatutnya membimbing isteri ke arah yang lebih baik. -Gambar hiasan AI

DALAM Islam, seorang suami bukan sekadar menjadi pasangan hidup, malah berperanan membimbing isterinya ke arah kebaikan dan keredaan Allah.

Namun di Thread, seorang wanita berkata hidupnya kini semakin terumbang-ambing kerana bersuamikan lelaki yang langsung tidak mementingkan agama.

Dakwa wanita itu, suaminya bukan sahaja culas menunaikan solat, malah kerap ponteng puasa setiap kali Ramadan.

Lelaki yang baik akan mempersiapkan diri dengan ilmu agama sebelum mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Bukan nak buka aib suami, tapi bab agama dan solat dia memang kosong. Sepanjang aku kahwin dengan dia, setiap tahun tak lebih 15 hari dia puasa.

"Tahun lepas sehari je kot dia puasa. Solat dah lama tinggal. Aku pun jadi terikut tak solat. Nak mula balik tu, ya Allah berat rasa," luahnya.

Menurut wanita itu, dia tetap bertahan dalam rumah tangga kerana sudah tidak mempunyai sesiapa selain suami dan anak-anaknya sahaja.

  • Seorang wanita tular selepas berkongsi tentang suaminya yang jahil agama.
  • Dia berkata suaminya kerap ponteng puasa dan sering meninggalkan solat.
  • Wanita itu kini mula terikut-ikut sikap suaminya yang malas mendirikan solat.
  • Netizen beri nasihat agar dia bantu suaminya berubah ke arah lebih baik.

Malah, dia juga langsung tidak mempunyai wang untuk meneruskan kehidupan baharu sekiranya mereka berpisah.

"Aku dah tiada sesiapa. Aku tak akan mampu jaga anak kalau aku hidup sendiri, aku tiada duit, tiada saving. Anak pula memang nak dengan aku je.

"Banyak kali terlintas nak cerai, tapi akan okey balik. Aku cuma fikir anak. Emas yang ada sejak zaman bujang aku dah jual untuk beli kereta.

"Tapi kereta aku tu dia jual, dia beli kereta baru atas nama dia. Apa je ada untuk aku ni?" luah wanita itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Kagum tengok ramai anak muda jaga solat, tak segan jadi imam... Lelaki anggap surau mall ‘port baik’ cari jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: 'Berdesup', 2 minit siap! Wanita musykil 'roommate' solat laju, lepas bagi salam terus tengok telefon - "Baca yang wajib je"

Di ruangan komen, ramai netizen meminta wanita itu agar terus bersabar dalam menempuh ujian rumah tangganya.

"Ujian seorang isteri. Kamu kena kuat. Kena banyak doakan suami utk berubah dan memimpin awak nanti.

"Awak patut mula solat balik. Kita tak boleh ubah orang, tapi boleh ubat diri sendiri.

"Setiap kali solat, doalah supaya suami kembali ke pangkal jalan," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain