suria

"Borak dengan teman lelaki dan kucing dia je" - Gadis rasa diri terhegeh-hegeh di rumah famili BF, dijemput tapi dilayan dingin

Ramai berdepan situasi janggal ketika pertama kali bersemuka dengan keluarga buah hati. -Gambar hiasan AI

SEBELUM melangkah ke alam perkahwinan, penting untuk kita berkenalan dan memahami latar belakang keluarga bakal pasangan.

Namun, seorang gadis meluahkan rasa sedih di laman X apabila menganggap usahanya itu dipandang sepi oleh keluarga kekasih.

Menurut gadis itu, dia malu apabila menerima layanan ala kadar ketika dijemput untuk menjamu selera di rumah teman lelakinya.

Ramai wanita gementar untuk bertemu dengan keluarga kekasih. -Gambar hiasan AI

"Saya pernah jumpa kakak dan mak ayah teman lelaki untuk brunch. Ada satu malam, mereka ajak makan di rumah. 

"Sepanjang makan malam, keluarga dia tak borak pun dengan saya. Saya borak dengan teman lelaki saya dan kucing dia je. 

"Saya cuba ajak mereka berborak, tapi tiada siapa yang beri respon. Saya rasa terpinggir di rumah orang," kongsinya memulakan cerita.

  • Seorang gadis kongsi pengalaman berkunjung ke rumah teman lelakinya untuk makan malam.
  • Dia malu kerana menerima layanan dingin daripada keluarga teman lelakinya.
  • Kejadian itu membuatkan dia ragu-ragu untuk meneruskan hubungan hingga bergelar suami isteri.
  • Netizen memberi nasihat kepada gadis itu agar bersabar kerana fasa itu dilalui oleh pasangan lain.

Dalam hantaran sama, dia juga meluahkan rasa bimbang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki berkenaan.

"Macam mana kalau saya kahwin dengan dia satu hari nanti? Saya tak tahu macam mana nak menangi hati mereka?

"Padahal dah lama kenal, tapi sampai sekarang rasa macam tak dialu-alukan," luahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas 14 tahun beli, wanita baru sedar rupanya rumah adalah liabiliti... Terpaksa jual semula demi kelangsungan hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Masalah di rumah sewa lama berulang... 'Housemate' baharu pun suka bawa masuk kekasih, kawan lelaki

Di ruangan komen, seorang pelayar X memberi nasihat agar gadis itu bersabar kerana fasa berkenaan dilalui oleh semua individu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

"Ini semua normal. Sebabnya tiba-tiba ada orang luar yang tidak dikenali masuk dalam keluarga. Jadi awak kekal tenang je.

"Tak perlu cakap banyak, tapi terus jadi diri sendiri. Biasanya, lama kelamaan mereka akan mula selesa," pesan individu itu.

 

Artikel Lain

Mia Sara okay saja!